Pertikai titah Sultan Johor: NGO Johor lapor polis terhadap Syed Saddiq

Laporan polis dibuat oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Johor terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana mempertikaikan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Kira-kira 8 NGO membuat desakan kepada Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) supaya memohon maaf kepada baginda atas tindakan biadabnya itu.

Laporan polis turut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, petang Sabtu susulan kenyataan surat terbuka Syed Saddiq di laman sosial Facebook yang dianggap biadap dan seolah-olah mahu mengajar Sultan Johor berhubung Perlembagaan Persekutuan.

Lapan NGO berkenaan termasuk Persatuan Peniaga Bazar Johor Bahru@Bazar Karat, Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia Johor (GAPEMA), Pertubuhan Kebajikan Ayahanda Johor dan Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru.

Pengerusi Persatuan Peniaga Bazar Johor Bahru@Bazar Karat, Mohammad Salezan Mohd Salleh, berkata kenyataan yang dibuat Syed Saddiq dianggap luahan biadap seorang anak muda yang sepatutnya memahami konsep Bangsa Johor iaitu mementingkan perpaduan dan keharmonian negeri ini.

“Kenyataan Syed Saddiq dianggap biadap dan ingin mengingkari titah Tuanku Sultan pada Perhimpunan Bangsa Johor baru-baru ini.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya sembah terbuka Syed Saddiq terhadap tuanku dan menuntut beliau membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Sultan kami dan seluruh Bangsa Johor,” katanya ketika ditemui selepas selesai membuat laporan.

Mohammad Salezan berkata, laporan polis dibuat supaya tidak ada pihak lain yang sama menyokong kenyataan Syed Saddiq yang jelas tidak menghormati Institusi Diraja Johor.

“Sebagai rakyat Johor, beliau sepatutnya memahami konsep bangsa Johor yang sebenarnya, bukannya cuba mengingkari titah Sultan,” katanya.

Antara yang dinyatakan Syed Saddiq dalam surat terbuka dimuat naik kelmarin pada jam 8.44 malam itu adalah menyatakan hak berdemonstrasi adalah satu daripada tiang demokrasi, sama seperti hak untuk mengundi.

Beliau turut menyatakan sejarah Malaya atau Malaysia banyak diwarnakan dengan demonstrasi jalanan yang aman.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana