Persidangan Pakatan Rakyat Atau Bebaskan Anwar?

Tidak banyak media membuat liputan tentang Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Dewan konvensyen IDCC di Seksyen 15 Shah Alam hari ini. Persidangan ini juga sebenarnya tidak diwar-warkan kepada media kerana menurut sumber, mereka bimbang akan ada sabotaj dan perancangan mereka diketahui oleh lawan.

Melihat kepada kehadiran, boleh dikatakan, kesemua pemimpin Pakatan Harapan hadir pada persidangan yang julung-julung kali diadakan. Ketika tinjauan dibuat, rata-rata pemimpin pembangkang yang hadir kelihatan teruja dengan persidangan ini.

Keterujaan mereka juga turut dikongsi oleh kira-kira 300 orang hadirin yang membanjiri dewan konvensyen berkenaan. Rata-rata mereka
berkongsi rasa bangga yang mana akhirnya, Pakatan Harapan berjaya juga melaksanakan konvensyen pertama mereka.

Menariknya, konvensyen yang sepatutnya digunakan untuk menentukan hala tuju perjuangan Pakatan Harapan akhirnya ditenggelami dengan agenda membebaskan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih merengkok dalam penjara atas kesalahan liwat yang beliau lakukan.

Walaupun sebelum ini, pihak Pakatan Harapan memberitahu, mereka lebih berminat membincangkan hala tuju perjuangan pakatan pembangkang berkenaan untuk mengharungi Pilihan Raya Umum ke 14, namun, sebaik sahaja memasuki sesi petang, hala tuju konvensyen berkenaan lebih terarah kepada perjuangan membebaskan Anwar.

Boleh dikatakan, tiada langsung agenda memperkasakan rakyat atau memberikan bayangan apa yang mereka akan lakukan untuk rakyat andai mereka berjaya memenangi pilihan raya umum itu nanti. APa yang mereka bahaskan adalah betapa perlunya Anwar dibebaskan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri pilhan Pakatan.

Tidak ketinggalan juga, konvensyen ini juga turut digunakan barisan pemidato pakatan pembangkang menyebarkan pelbagai fitnah termasuk kejayaan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke China, baru-baru ini.

Tidak seperti Perhimpunan Agung UMNO yang sentiasa membicarakan keperluan rakyat, konvensyen Pakatan Harapan lebih memberikan tumpuan untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri serta melaungkan betapa sucinya Pakatan Harapan yang kononnya bebas rasuah dan tidak mengamalkan rasis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana