Perjuangan Hak Asasi Sekadar Topeng

RAKYAT Malaysia tahu bahawa alasan-alasan yang digunakan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro pembangkang pimpinan DAP kononnya mahu memperjuangkan hak asasi manusia dan menambah baik sistem kerajaan hanya retorik semata-mata.

Mereka sebenarnya membawa suara penyangak matawang Yahudi George Soros yang telah memusnahkan beberapa buah negara Timur Tengah sehingga mereka gagal bangkit semula dari kejatuhan tersebut.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, gerakan reformasi pilihan raya BERSIH dan pertubuhan PERKASA adalah “contoh yang sangat jelas” berselindung disebalik perjuangan palsu demi agenda peribadi yang sangat memudaratkan negara.

NGO ini dikawal pemimpin parti politik dan individu anti-establishment dengan berselindung di sebalik agenda memperjuangkan reformasi dalam kerajaan dan isu hak asasi manusia. Perkara tersebut turut mengundang pelbagai isu lain seperti jenayah siber, pelampau politik dan agama, pengedaran dadah dan keganasan.

Kini penahanan Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Khas (Langkah-Langkah Keselamatan) 2012 (SOSMA) telah dijadikan modal untuk mengadakan perhimpunan haram secara berterusan kononnya untuk memperjuangkan keadilan bagi pihak beliau.

Rakyat perlu tahu bahawa Maria Chin telah ditahan baru-baru ini berikutan penemuan “dokumen” di pejabatnya yang memberi petunjuk bahawa satu kesalahan telah dilakukan bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan untuk melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Maria Chin juga mengakui telah menerima dana daripada George Soros. Beliau membuat pengakuan  tersebut selepas pendedahan dokumen minit mesyuarat ‘Program Malaysia’ oleh Open Society Foundation (OSF) dibocorkan oleh penggodam DC Leaks.

Selepas beberapa siri perhimpunan haram Bersih, akhirnya terbongkar campurtangan dari pihak asing yang sememangnya berniat jahat untuk memusnahkan negara kita. Cuma yang paling kita terkilan dengan pihak pembangkang yang diketuai DAP apabila mereka turut bersekongkol dengan pihak asing tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana