PERBALAHAN MAHATHIR – IBRAHIM ALI , LAKONAN STANDARD SEKOLAH RENDAH.

Sebaik sahaja Tun Mahathir “disown” Ibrahim Ali, dan  Vice -versa, melalui kenyataan Tun Mahathir, sedikit sahaja pihak  yang mengambil serious akan pergeseran ini.
Walaupun Tun Mahathir menjelaskan bahawa Ibrahim Ali enggan masuk menjadi ahli Pribumi Bersatu atas alasan PPBM ada hubungan dengan DAP, namun banyak pihak berpendapat ia sebenar nya pengiklanan untuk kebaikan Ibrahim Ali supaya mendapat sokongan “ultra Melayu” dan “anti DAP”.
Jadi secara tidak lansung Tun  Mahathir memberitahu bahawa sesiapa yang tidak mahu sertai Pribumi boleh lah menyokong Ibrahim Ali.
Walaupun Tun Mahathir mahu mengambar kan diri nya “malu” apa bila Ibrahim Ali enggan menuruti nya, tetapi umum tahu siapa itu Ibrahim Ali dan siapa itu Tun Mahathir,
Ibrahim Ali tidak diberi gelaran sebagai “Katak” tanpa sebab nya.
Dan Tun Mahathir pula sudah menjadi “Bapa U-turn” negara dengan tindak tanduk nya akhir akhir ini.
Maka atas sebab diatas , apa sahaja tindakan mereka tidak perlu di pandang sebagai tindakan penting.
Siapa pun tidak berani jamin bahawa ini semua bukan lakonan.
Apa kah  tidak mungkin nanti setelah Ibrahim Ali membuat semua kerja dan landasan untuk bertanding dan persediaan untuk meletak kan 50 calon dari PERKASA, maka Tun M akan membuat “u-turn”?
Dan menyokong nya atau bergabung dengan nya?
22 tahun lalu siapa pun tidak sangka musuh sejati Tun M ia itu DAP kini adalah kekasih dan buah hati nya.  Begitu juga dengan Anwar Ibrahim, malah Soros pun sama juga.
Malah Tun M sanggup mengkritik MCA dan MIC dan memuji DAP hari ini untuk tujuan mencapai matlamat peribadi nya.
Jika parti DAP itu bagus kenapa Tun M sebagai Pengerusi Barisan Nasional sekian lama tidak mempromosi kan DAP dan meminta mereka masuk kedalam Barisan Nasional dan tendang keluar MCA?
Itu lah Tun Mahathir, dia akan cakap apa sahaja untuk memenuhi selera politik nya hari ini demi matlamat yang masih belum tercapai.
Kepada banyak pihak , Ibrahim Ali sudah di “cop” sebagai totok Mahathir.
Malah penubuhan PERKASA juga adalah dikatakan atas initiatif Tun Mahathir sebagai di tulis oleh beberapa orang penulis.
Maka apabila Tun Mahathir membuat pengakuan dia tiada kaitan dengan PERKASA dan bukan penaung nya, ambil lah cakap Tun Mahathir ini sebagai penyedap hati nya sahaja.
Boleh juga sebagai Tun Mahathir mahu mencuci tangan.
Dipercayai Tun Mahathir kecewa parti Pribumi nya tidak mendapat sambutan, malah tidak sampai 20,000 menjadi ahli nya .
Maka atas sebab ini sesuatu harus difikir di luar kotak.
Mungkin penubuhan parti atau pun badan melalui rangkaian PERKASA ini satu perkara benar dan meletak kan 50 calon satu perkara tidak mustahil, namun gabungan dan kaitan nya dengan Tun Mahathir sebagai sudah “bergaduh” amat di sangsikan.
Tiba masa nya nanti jangan terperanjat apabila Tun Mahathir akan membuat pusingan U dan menelan kahak seperti yang dia lakukan hari ini apabila  beliau “embrace” Ibrahim Ali dan memeluk nya seperti di lakukan terhadap Anwar Ibrahim , DAP dan Soros.
Politik Tun Mahathir ada lah “alat memperalatkan”. Dia sudah terbiasa dengan cara ini semenjak sekian lama.
Lihat sahaja nanti lakonan antara Tun M dan Ibrahim Ali, lakonan setaraf standard sekolah rendah untuk di pertonton kan kepada sekelian rakyat menjelang PRU14.
Jangan cemuh dan jangan sinis dengan tulisan ini, ingat siapa itu Anwar Ibrahim, DAP dan Soros sekian lama kepada Tun Mahathir, dan lihat siapa mereka dengan Tun Mahathir hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana