Penyokong Muhyiddin pertikai perlantikan Abdul Rashid....Rupanya Inilah Orangnya

Rumah siap, pahat berbunyi... ini kisah dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)  yang semalam umum senarai lengkap pemimpin utamanya.

Belum pun sehari sudah ada yang pertikai itu ini.

Al Kisah seorang penyokong kuat Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Zaeinal Abidin Omar mempersoalkan keputusan melantik bekas Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman (gambar) sebagai naib presiden.

Beliau juga mempersoalkan pelantikan Datuk Abdul Rashid Asari sebagai naib presiden dan separuh daripada mereka yang berada dalam senarai itu.

“Sejak bila mereka ini berjuang lawan Najib?

“Bila rumah (parti) dah siap mereka senang saja masuk dapat jawatan. Adakah mereka mempunyai rekod menentang Najib?” katanya kepada portal pembangkang Malaysiakini.

Zaeinal berkata seperti beberapa pemimpin dalam PPBM beliau mahu tahu sama ada Abdul Rashid mempunyai keberanian untuk berjuang.

“Adakah si Rashid ini ada jiwa politik berbanding kami yang sanggup pergi masuk hutan belantara dan berjuang menegakkan bangsa, agama dan negara?” soalnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana