Pentadbir 1BestariNet dipersoal benarkan paparan web politik

Pentadbir portal 1BestariNet sebuah laman penyelesaian bersepadu Kementerian Pendidikan hari ini dipersoalkan kerana membenarkan laman web berunsur politik dipaparkan menerusi portal tersebut.

Ayusz yang menggunakan akaun Twitter @FairusZana mempersoalkan mengapa pengendali portal itu tidak melakukan sekatan menyeluruh ke atas laman web berunsurkan politik?

Apa menghairankan Ayusz ialah pengedali 1BestariNet membenarkan paparan laman web kumpulan Bersih, sebaliknya cubaannya memasuki laman web www.mykmu.net disekat.

“Dato @MahdzirKhalid, siapakah yang menjaga akses untuk ke BestariNet? Sekatan sepatutnya menyeluruh kepada semua page (laman) politik. Bersih allowed (dibenarkan)?,” katanya dalam twit yang ditujukan kepada Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Twit itu mendapat reaksi beberapa pengguna Twitter termasuk Mahdzir yang berjanji akan menyiasat perkara tersebut.

“Saya sedang tunggu penjelasan daripada pihak yang berkenaan. Tunggu ya,” jawab Mahdzir menerusi akaun twitternya @MahdzirKhalid. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana