PENJAWAT AWAM SELANGOR HANYA TERIMA 1/2 BULAN GAJI, BUKAN 2 BULAN

KERAJAAN SELANGOR pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah mengumumkan sebanyak RM57.25 juta khusus untuk bantuan khas kewangan kepada para penjawat awam di negeri berkenaan.

Ia diumumkan semasa sesi pembentangan Belanjawan Selangor 2017 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 31 Oktober yang lalu.

Pengumuman berkenaan melibatkan seramai 17,528 penjawat awam yang ada di negeri terkaya di Malaysia tersebut.

Sekali dengar akan pengumuman Azmin Ali ini, pastinya ia mengembirakan individu dan keluarga mereka yang menerima bantuan berkenaan. Malah, ia turut menggambarkan persepsi yang kununnya Kerajaan Selangor ini cukup hebat kerana mampu memberi bonus dua bulan gaji.

Ia ditambah lagi dengan mainan dan fungsi media yang digerakkan “all out” agar dapat meletakkan stikma kepada rakyat untuk membandingkan antara Kerajaan Selangor dengan Kerajaan Pusat.

Walhal, untuk membuat perbandingan antara inisiatif Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Selangor kepada para penjawat awamnya amatlah tidak adil sama sekali. Mana tidaknya, Kerajaan Selangor hanya memiliki seramai tidak lebih 18,000 penjawat awam, manakala Kerajaan Pusat pula memiliki kira-kira 1.6 juta penjawat awam.

Itu satu perkara yang agak kelakar cuba dimainkan oleh para penyokong Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Harapan.

Satu lagi isu yang tidak ramai sedar adalah mengenai pembayaran bonus ini sebenarnya hanya sebuah strategi menggaburi mata rakyat.

Azmin Ali pada hakikatnya telah sedia membuat pembayaran setengah bulan gaji pada 1 Julai 2016 yang lalu kepada para penjawat awamnya.

“Sebagai menghargai kejayaan ini, Kerajaan Negeri bersetuju memberikan bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji. Pembayaran sebanyak satu setengah bulan telah pun dilakukan pada 1 Julai 2016 yang lalu.

“Untuk melengkapi bantuan khas kewangan tersebut, setengah bulan lagi akan dibayar pada 20 Disember 2016 untuk membantu penjawat awam membuat persediaan persekolahan anak-anak,” akui Azmin Ali semasa membentangkan belanjawan berkenaan.

Hendak diikutkan, item “BANTUAN KHAS KEWANGAN DUA BULAN GAJI KEPADA PENJAWAT AWAM SELANGOR” itu adalah tidak tepat dalam Belanjawan Selangor 2017. Ini kerana ia telah dan akan dibayar pada tahun semasa yakni 2016.

Sebaliknya, bukankah pembentangan belanjawan tersebut bagi tahun kewangan 2017? Adakah ada agenda tersirat dalam tektikal yang cuba dilakukan ini?

Ini bukan sahaja membuktikan Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR telah memperdaya hampir 18,000 penjawat awam di Selangor, malah dia juga cuba memperbodohkan rakyat Malaysia dengan tipu helah secara teknikal tersebut.

Dengan kata lain, PENJAWAT AWAM SELANGOR TIDAK AKAN TERIMA DUA BULAN GAJI BONUS DI AWAL ATAU AKHIR 2017, KERANA MEREKA HANYA AKAN TERIMA 1/2 BULAN SAHAJA!!!

Azmin Ali selaku yang bertanggungjawab penuh dalam perkara ini harus menjawab apa akan terjadi kepada RM57.25 juta yang menurut dokumen Belanjawan Selangor 2017 akan digunakan kepada bonus (bantuan khas kewangan) penjawat awamnya?

Sedangkan bonus berkenaan telah diberikan pada Julai 2016 dan akan diberikan pada Disember 2016 ini? Adakah RM57.25 juta itu untuk tujuan lain?

“Pembayaran bantuan khas kewangan dua bulan gaji memberi implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM 57.25 juta. Barang diingat, pembayaran ini menggunakan peruntukan tahun ini, dan dibayar tahun ini,” kata Azmin Ali lagi.

Maksudnya, untuk jumlah kewangan mengurus bagi Kerajaan Selangor pada tahun hadapan (2017) haruslah ditolak atau dikurangkan sebanyak RM57.25 juta kerana jumlah berkenaan telah digunakan untuk memberi bonus kepada penjawat awam menggunakan peruntukan tahun 2016.

Jika jumlah kewangan mengurus dan membangun bagi negeri Selangor untuk tahun 2017 masih kekal berjumlah keseluruhan sebanyak RM3.45 bilion, maka mesti ada “something suspicious” dalam perbelanjaan wang rakyat di negeri tersebut bagi tahun depan.

Maka, sekali lagi diharap rakyat dapat membuka mata dan minda luas-luas agar tidak terus terpengaruh dengan teknik propaganda menipu rakyat yang dilakukan oleh parti-parti pembangkang di negara ini. Jika mereka telus dan tidak menipu rakyat, Azmin Ali harus menjawab persoalan ini segera! –Tv14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana