Penahanan Maria Chin Di Bawah Sosma Untuk Bantu Siasatan Polis...Padan Mukanya

KUALA LUMPUR: Penahanan Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 bertujuan membantu siasatan polis.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Sosma bukan hanya terpakai bagi kegiatan keganasan memandangkan akta itu mempunyai definisi yang meluas, selain turut digunakan bagi sebarang kegiatan yang mengancam ketenteraman dan kedaulatan negara.

"Akta itu sebenarnya akta pemboleh kepada Kanun Tatacara Jenayah... beliau didakwa mengikut Kanun Tatacara Jenayah tetapi menggunakan Sosma sebagai pemboleh untuk membantu polis dalam siasatan terhadap beliau," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Selasa.

Beliau berkata, penahanan itu adalah mengikut 'operational issues' Polis Diraja Malaysia dan mematuhi prosedur yang ditetapkan.

Maria adalah antara 15 individu yang ditahan berhubung perhimpunan haram di ibu kota pada Sabtu. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana