"PEMBANGKANG SUDAH KETANDUSAN ISU"

PEMBANGKANG kini ketandusan isu apabila menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak cuba menggadai negara berikutan pelaburan besar dari China masuk ke negara ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaburan asing yang masuk ke negara ini sudah lama berlaku termasuk dari Amerika Syarikat dan Britain tetapi pelabur terbabit tidak pula menjajah negara ini.

"Waktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri pun pelaburan asing banyak masuk ke Malaysia, tidak pernah pun kita kata pelabur asing itu akan menjadi penjajah kepada negara kita," katanya di sini, hari ini.

Semalam, Najib menyelar pihak yang menyebarkan cerita untuk menakut-nakutkan rakyat negara ini kononnya Malaysia sedang dijual melalui pelbagai perjanjian perniagaan bernilai lebih RM143 bilion yang ditandatangani dengan China semasa lawatan rasmi beliau ke negara itu sejak Isnin lepas.

Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata selain Malaysia, negara lain di seluruh dunia juga menerima pelaburan asing untuk membangun dan memajukan negara masing-masing.

"Sepatutnya kita berasa bangga dan bertuah apabila terdapat banyak pelaburan asing masuk ke negara kita, antaranya akan menambah pekerjaan dan lain-lain untuk faedah rakyat," katanya.

Beliau berkata sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kedaulatan negara akan menjadi keutamaan dan tetap dipertahankan.

Ditanya mengenai organisasi yang didakwa menerima dana daripada hartawan George Soros, Ismail Sabri menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan.

Bagaimanapun, katanya, pihak terbabit tidak sepatutnya membuka pintu kepada penyangak mata wang tersebut menyalurkan dana kepada organisasi terbabit.

"Peranan Soros adalah untuk menumbangkan beberapa negara di dunia, dan Tun Dr Mahathir pernah menyifatkan Soros sebagai penyangak mata wang dan seorang yang tidak baik," katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu Umno memberi penjelasan kepada rakyat mengenai perkara tersebut dan isu-isu semasa yang lain supaya mereka tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu menjatuhkan kerajaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana