Pembangkang Selangor kesal apabila usul bagi memperkasakan institusi Mahkamah Syariah di negeri ini ditolak Speaker DUN, Hannah Yeoh.

ADUN Permatang, Datuk Sulaiman Abdul Razak memberitahu notis usul yang dihantar beliau pada 13 Oktober lepas ditolak atas alasan yang tidak munasabah.

"Saya ingin melahirkan rasa terkejut dan dukacita dengan penolakan usul tersebut dengan aasan-alasan yang dikemukakan.

"Padahal dengan dengan hati yang suci, saya rasa usul ini patut diterima dan dibahaskan oleh ahli-ahli yang berhormat bagi memperkasakan institusi Mahkamah Syariah di negeri ini," katanya dalam sidang media hari ini.

Usul tersebut bagaimanapun ditolak Hannah dengan alasan Insititusi Mahkamah Syariah negeri itu sudah diperkasakan termasuk melantik Hakim Mahkamah Tinggi Syariah wanita yang pertama, di negara ini.

"Insititusi mahkamah syariah negeri itu sudah diperkasakan dan usaha ini sentiasa berterusan melaui inisiatif-inisiatif termasuk melantik Hakim Mahkamah Tinggi Syariah wanita yang pertama," tambahnya.

Sulaiman berkata Umno Barisan Nasional (BN) yang mentadbir Selangor sebelum ini membuktikan perjuangan mereka memperkasakan kuasa Mahkamah Syariah di negeri ini bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Hasilnya DUN Selangor sebelum ini menggubal dan meluluskan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 demi memperkasakan bidang kuasa mahkamah tersebut.

Justeru Sulaiman berkata, atas faktor tertentu akta tersebut perlu dipinda untuk memberikan lebih kuasa dan memartabatkan lagi perundangan Islam itu agar lebih berprestij dan sama taraf dengan status Mahkamah Sivil.

Sulaiman berkata usulnya memerincikan keperluan Mahkamah Syariah menambah daripada tiga kepada lima peringkat seperti mana  Mahkamah Sivil.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana