PAS umum hanya kerjasama dengan parti bukan Pakatan

Alamak... pusing lagi ke...? hancur harapan DAP, PKR dan PAN untuk menunggang jentera PAS dalam pilihanraya akan datang.

Semua maklum, DAP, PKR dan PAn bukan parti yang mempunyai jentera, parti orang bandar, tidak ada petugas hendak panjat pasang bendera macam PAS yang merupakan parti kampung.

Sebab itu DAP walaupun tak ada jentera boleh menang dalam kawasan bandar... tapi kerusi bandar sahaja tidak cukup untuk tawan Malaysia.

Manakala PKR pulak, parti itu selama ini berkongsi jentera dengan PAS. Jentera PKR ada tapi tidak berdisiplin macam jentera PAS akar umbi.

Semasa wujud Pakatan Rakyat, PKR yang paling banyak menggunakan jentera PAS, tapi selepas menang, PAS diketepikan macam di Selangor dan Pulau Pinang.

Selepas Pakatan Rakyat tidak lagi wujud,  PAN ditubuhkan, dengan harapan boleh ganti PAS, tapi PAN yang dipimpin oleh aktivis macam Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub dan lain-lain tidak mempunyai pengikut seramai PAS.

PAN serupa 'reban kosong', parti ada ahli tak ada.

Jenuh Mat Sabu dan kawan-kawannya menjelajah seluruh Malaysia, hasilnya balik asal, ceramah PAN orang PAS tidak dengar, hanya kerusi yang banyak.

Kecuali dibuat di kawasan Cina, maka penyokong DAP yang memenuhi kerusi bukannya ahli PAS seperti objektif penubuhannya.

Menyedari tanpa PAS, Pakatan Harapan tidak boleh pergi jauh, sudah ramai yang melutut mahu PAS kembali menyertai mereka.

Hu ha sana sini, tapi menurut Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man parti itu hanya akan menjalinkan hubungan dengan parti pembangkang lain selain gabungan Pakatan Harapan.

Jelasnya, PAS ada menerima jemputan daripada parti pembangkang lain antaranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengadakan perbincangan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kelak.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Penasihat PAN Kelantan Datuk Husam Musa yang meminta PH agar tidak bimbang jika PAS enggan menyertai gabungan itu bagi merealisasikan matlamat menjatuhkan UMNO-Barisan Nasional (BN).

"Itu pandangan dia (Husam) dan di pihak PAS, kita ada terima jemputan daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk mengadakan perbincangan dan juga parti-parti lain, bagi kita memang bergerak ke arah untuk perbincangan untuk memperkasakan Blok Ketiga (kerjasama dengan Parti Ikatan dan BERJASA) dan parti yang melihat masa depan.

"PAS bersedia berbincang dengan parti lain yang sedia menghormati polisi dan dasar yang diperjuangkan oleh PAS," katanya dipetik sebuah portal berita.

Husam yang juga ADUN Salor semalam berkata, Pakatan tidak perlu menunggu sebuah parti yang bersikap was-was dalam membuat keputusan, sebaliknya perlu terus mengatur gerakan untuk membawa perubahan kepada negara.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim dalam pada itu berkata PAS sudah belajar daripada kesilapan lalu apabila menjalinkan hubungan dengan DAP namun kemudiannya dikhianati oleh parti itu apabila bertindak menyerang kepimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malah katanya PAS bersedia membuka pintu rundingan bersama-sama parti lain dengan syarat rundingan itu perlulah menghormati dasar politik yang dibawa parti itu kini.

PAS kini mula memperkenalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) sebagai dasar politiknya selepas tidak lagi bersama gabungan pembangkang Pakatan Rakyat yang terkubur tahun lalu.

"Sehingga hari ini kita masih dengan Blok Ketiga dan parti-parti yang boleh menerima kita dan juga menghormati politik PAS. (Kerjasama dengan parti lain) tapi tidak dalam parti Pakatan Harapan," jelasnya lagi.

Mengulas lanjut, PAS katanya tidak gentar sekiranya tidak bersama gabungan PH kerana sokongan di tahap akar umbi terhadap parti itu kuat biarpun sudah tidak bersama gabungan itu.

"Dengan sejuta ahli kalau kita lihat sokongan PAS masih berada di seluruh negara walaupun tidak mencapai kemenangan malah mempunyai undi 43 peratus, jadi itu satu realiti politik yang perlu kita ambil kira," katanya lagi.

Abdul Hadi sebelum ini dilaporkan berkata PAS akan melihat kesesuaian mengenai pertembungan satu lawan satu calon pembangkang dengan BN dalam pilihanraya akan datang.

“Kita tidak tertakluk dengan keputusan parti lain. Pilihanraya belum diumumkan dan mungkin keputusan akan berubah,” katanya.

Beliau seterusnya memberitahu, PAS hadir Konvensyen Pakatan Harapan yang akan diadakan pada 12 November nanti.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan PAS sudah berjaya membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) untuk bacaan ka­li pertama dan menunggu bagi pembentangan kali kedua.

“Kita bentang rang undang-undang ini dengan keyakinan mendapat sokongan dan setakat ini berjaya melepasi peringkat pertama,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana