PAS tak sertai BERSIH... anjur LASAK

Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad apolegetik habis apabila terpaksa menjelaskan bahawa Himpunan Ledakan Suara Rakyat (LASAK) seminggu lebih awal daripada BERSIH 5 adalah kebetulan semata-mata.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor menafikan cakap-cakap bahawa LASAK bertujuan untuk menyaingi BERSIH 5.

“Adalah secara kebetulan LASAK dianjurkan seminggu sebelum BERSIH 5.

“Tarikh 13 November dipilih kerana ia adalah sejurus selepas Bajet kerajaan persekutuan dan belanjawan kerajaan negeri Selangor dibentangkan.

“Ia akan memberi peluang kepada rakyat untuk menyatakan pandangan mereka terhadap bajet dan belanjawan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media.

LASAK akan berlangsung di sebuah padang awam di Taman Medan, Petaling Jaya mulai jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.

Iskandar berkata himpunan itu bertujuan supaya pemimpin rakyat dan kerajaan dapat mendengar masalah yang membelenggu rakyat.

“Program hari itu akan menghimpunkan wakil-wakil dari pelbagai kelompok rakyat yang akan meluahkan hasrat hati mereka.

“Di antara yang akan berucap adalah wakil-wakil anak muda, pendidik, wanita, veteran tentera, pekerja, peniaga kecil, petani, nelayan, penggiat seni, pembeli rumah dan mahasiswa.

“Himpunan ini adalah penting kerana terdapat beberapa perkembangan terkini negara yang akan memberi kesan secara langsung kepada rakyat,” katanya.

Beliau menggesa orang ramai untuk hadir sebagai tanda solidariti bersama rakyat marhaen yang berhadapan dengan kesempitan hidup di bawah pentadbiran BN.

Katanya, Mursyidul Am PAS baru, Hashim Jasin akan memberi ucapan penutup pada himpunan berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana