PAS Selangor sangkal bakal hilang lapan kerusi DUN pada PRU14...Ada GEng Untuk MEnakutkan PAS

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad menyangkal hasil kajian sebuah firma, Politweet bahawa parti itu akan kehilangan beberapa kerusi pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Menurut Iskandar, meskipun PAS turut terkesan dengan cadangan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia bagaimanapun tidak mencapai tahap hilang lapan kerusi seperti yang dijangka firma kajian itu.

"Dalam keadaan sekarang kita (PAS) tidak akan hilang sampai lapan kerusi DUN, memang kita terkesan tapi tidaklah sampai lapan kerusi.

"Saya jawab sebab ada orang kata PAS bekerjasama dengan Umno dalam isu persempadanan semula," katanya ketika ditemui Antarapos di lobi DUN Selangor hari ini.

Menurut firma kajian Politweet, BN berpotensi untuk merampas semula Selangor pada PRU14 dengan memenangi tambahan 11 kerusi DUN ekoran proses persempadanan semula yang dicadangkan oleh SPR.

Menurut simulasi firma itu lagi, PAS mungkin menjadi pihak yang paling rugi berbanding PKR dan DAP kerana berisiko hilang lapan kerusi DUN.

Laporan itu turut menyebut BN mampu memenangi antara 17 hingga 23 kerusi daripada keseluruhan 56 DUN kerana peningkatan kerusi yang berisiko tinggi berbanding memenangi hanya 12 DUN pada PRU 2013.

Sementara itu Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman yakin PAS masih mampu bertahan sebagai sebahagian daripada kerajaan negeri, meskipun kajian yang dijalankan oleh PAS Pusat mendapati parti itu bakal hilang beberapa kerusi di Selangor bersandarkan kepada beberapa faktor tertentu.

"Ada beberapa kerusi yang tergugat tetapi kita masih bertahan sebagai kerajaan negeri dan (yakin) kita sebahagian dari kerajaan," jelasnya kepada Antarapos.

PAS kini menguasai 13 kerusi DUN di Selangor setelah dua daripada ADUN mereka bertindak keluar parti dan menyertai Amanah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana