PAS sedia berkerjasama dengan Pakatan semula... tapi nak jadi ketua

Menyedari kepentingannya... PAS sekarang jual mahal apabila meletakkan syarat kepada pakatan pembangkang bahawa parti itu hanya akan berkerjasama dalam gabungan yang diketuainya sendiri.

PAS bahkan mengajar parti-parti pembangkang supaya bersatu di bawah blok baharu, Gagasan Sejahtera (Gagasan) berdasarkan prinsip Islam.

Bagaimanapun, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, berkata sesiapa yang mempunyai kecenderungan untuk bersama-sama dengan PAS, mesti menerima parti itu sebagai pemimpin.

Beliau berkata, PAS sudah bersama dengan Barisan Nasional (BN) selama lima tahun bermula 1973, termasuk Harakah Keadilan Rakyat (HAK) (1986), Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan) (1988-1996), Barisan Alternatif (BA) (1998-2008), serta Pakatan Rakyat (PR) (2008-2015).

Malah, katanya, kini PAS memimpin Gagasan yang baru ditubuhkan Ogos lalu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) untuk menyatukan kekuatan pembangkang mengikut prinsip tahaluf yang digariskan Islam.

"PAS juga boleh menerima mana-mana kumpulan bukan Islam yang bersedia untuk menerima kepemimpinan Islam, mengakui perjuangan Islam dan sanggup untuk bersama-sama mempertahankan Islam. Tidak ada ruang kerjasama bagi kumpulan yang menentang dan mengkhianati Islam.

"Dalam konteks ini, setiap ahli PAS mesti sedar bahawa tahaluf berdiri di atas beberapa syarat antaranya membawa faedah dan tidak mengikat sehingga menjejaskan prinsip; mengakui kepemimpinan Islam dan tidak menjejaskan prinsip perjuangan; tidak berwalak kepada sekutu pakatan serta tidak reda dengan pegangan mereka," katanya.

Bagaimanapun, Hashim berkata prinsip asas yang perlu menjadi panduan setiap kali cadangan untuk melakukan kerjasama politik dibawa ialah Islam hendaklah menjadi pemimpin, bukannya dipimpin.

"Kerjasama juga perlu dibuat atas dasar Islam kerana dasar-dasar lain yang bercanggah dengan Islam tidak boleh diterima dalam kerjasama politik.

"Kita mungkin boleh bertolak ansur untuk menerima kesepakatan dalam kepentingan bersama yang selari dengan Islam seperti menentang kezaliman, mencegah rasuah dan seumpamanya. Tetapi kita tidak akan bertolak ansur untuk menggadai dasar Islam," katanya.

Selain itu, katanya, semua kerjasama yang dirangka mesti membawa keuntungan kepada Islam sebaliknya bagi yang merugikan, mencabar kemuliaan atau menentang agama itu tidak akan wujud sama sekali.

"Sebagai sebuah gerakan Islam, apabila kita mahu menjadikan tahaluf sebagai satu strategi politik, maka kita mesti memastikan ia berjalan mengikut landasan syariat.
Tidak boleh kita berhujah semata-mata atas dasar 'diluluskan oleh Muktamar.'

"Ini kerana Muktamar PAS sendiri adalah terikat dengan sumber hukum PAS iaitu al-Quran, as-Sunnah, al-Ijmak dan al-Qias. Segala keputusan Muktamar PAS yang bercanggah dengan sumber hukum atau pelaksanaannya yang bercanggah sumber hukum, maka ia adalah terbatal dengan sendirinya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana