Parodi TMJ, Gurauan Raja Dengan Rakyat - Jamal

PETALING JAYA: Ketua kumpulan baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos menyifatkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sengaja bergurau menerusi video parodi berkaitan NGO yang diwakilinya itu.

"Saya suka dan gembira bila dapat respons daripada TMJ (Tunku Mahkota Johor).

"Bagi saya TMJ saja bergurau. Sebagai seorang raja dengan siapa lagi beliau mahu bergurau, sudah pasti dengan rakyat. TMJ seorang yang berjiwa rakyat dan saya mengucapkan terima kasih kepada beliau," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad, laman Facebook Johor Southern Tigers menarik perhatian netizen dengan memuat naik video parodi yang menunjukkan sekumpulan lelaki berbaju merah melakukan demonstrasi silat yang sering dilakukan gerakan baju merah yang dikenali Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) dalam protesnya.

Seorang lelaki yang berdiri di tengah-tengah kumpulan dalam kedudukan separa bulat itu dilihat menjerit sebelum lelaki lain memukulnya menggunakan ranting pokok.

Video tersebut seterusnya memaparkan Tunku Ismail yang berbaju, bertopi biru serta memakai cermin mata hitam sambil memegang pistol dengan wajah bengis melepaskan beberapa das tembakan sebelum berpaling ke arah kamera.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment