Panasss Ni!!! Mahathir bengang pada Ibrahim Ali…desak Perkasa batal nak letak 50 calon Bebas PRU14

Semua orang tahu Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali cukup rapat dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun akhir-akhir ini hubungan mereka nampak ‘ lain macam’ bila Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berdakap mesra dengan DAP khususnya Lim Kit Siang serta puak Pakatan.

Malah dalam ramai-ramai orang…agak menghairankan mengapa Ibrahim tidak menyertai PPBM.

Ada juga khabar yang kata kini dalam Perkasa sudah terbahagi dua…satu kelompok pro-Tun dan satu tidak.

Cakap mengena ada yang tidak kena antara mereka lebih terasa bila Ahad lalu semasa sidang akhbar selepas sidang tahunan Perkasa,Ibrahim umum Perkasa akan pasang 50 calon bebas untuk bertanding dalam pilihanraya umum ke 14.

Katanya beliau juga akan turut bertanding dan tumpuan mereka ialah kawasan Melayu yang ditandingi oleh PAS dan Pakatan Harapan.

Rupa-rupanya memang Dr Mahathir bengang habis dengan gelagat Ibrahim.

Bekas Perdana Menteri itu tidak dapat menyembunyikan rasa marahnya pada Ibrahim ketika ditanya hal berkenaan dalam sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya Selasa.

Beliau mendakwa Ibrahim hendak rosakan peluang pembangkang untuk memenangkan BN dengan mewujudkan pertandingan tiga penjuru.

“ Dia berkerja untuk Najib.Jika dia bertanding maka ia bermakna dia sokong Najib.Dia cuma pura-pura berjuang untuk orang Melayu,”kata Dr Mahathir.

Katanya sebelum ini Ibrahim selalu sokong apa yang beliau buat.
Namun kini tidak kerana ia melibatkan kepentingan dirinya (Ibrahim).
Penasihat PPBM itu kata beliau sedia beri waktu kepada Ibrahim tarik balik cadangan Perkasa untuk letak 50 calon Bebas pada PRU 14.

Dr Mahathir kata beliau merasa malu kerana pada ketika Ibrahim ia rakannya tetapi beliau tidak menyertai PPBM kerana partinya bersahabat dengan DAP.

Bekas Perdana Menteri itu dakwa lebih baik kerjasama dengan DAP dari MCA dan MIC.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana