Panasss!!!! Anak Nik Aziz tibai balik Mahathir kerana 'U-turn'...

Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz membidas bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana seringkali sekarang mengeluarkan kenyataan 'U-Turn' bertentangan berbanding semasa memerintah negara dahulu.

Sehubungan dengan itu, beliau menasihatkan supaya pemimpin berusia 91 tahun itu kembali kepada agama daripada mengambiltahu hal politik negara.

"Saya dah kata dari dulu Tun Mahathir ini lebih baik kembali ke tikar sejadah, pergi Mekah dan banyak belajar ilmu agama. Itu lebih baik daripada dia ulangi politik yang sama. Bagi saya dia hanya mengulang apa yang dia tak pernah buat masa dia ada kuasa,ia hanya menyusahkan.

"Komen yang diberikan oleh Tun Mahathir, hanya komen ikut suka...iyalah, orang tua...Saya ingat lagi, Tun Mahathir yang sekat royalti Kelantan, kini nak beri royalti. Dia juga penjarakan (Datuk Seri) Anwar, dia nak keluarkan Anwar. Masa dia ada kuasa dia tak buat, dia tak ada kuasa dia sebut macam-macam," kata anak kepada Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik mat itu kepada pemberita di lobi Parlimen Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tun Mahathir yang mendakwa tindakan PAS untuk tidak menyertai Pakatan Harapan bermakna mereka sudah menerima "dedak" daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Tambah Nik Mohamad Abduh, pihaknya juga tidak pasti sejauh mana keikhlasan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipengerusikan Tun Mahathir itu untuk menjemput PAS bekerjasama.

"Saya sendiri tidak tahu PPBM ini serius atau tak hendak bergabung, tengok kenyataan pertama nampak serius, kenyataan kedua tak serius. Jadi sata tidak mahu komen.

"PAS sentiasa berhati-hati dengan Pakatan Harapan dan memang tiada keputusan untuk bersama mereka," katanya.

Beliau turut mengakui politik yang dibawa Tun Mahathir pada hari ini jelas menunjukkan ketidakselesaan pada golongan muda.

"Anak muda hari ini tidak selesa dengan politik Malaysia yang semakin terumbang-ambing dengan para pemimpin. Patut, jawatan Perdana Menteri itu bagi pada orang muda, senang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana