PAN fokus tujuh kerusi Parlimen, 20 DUN Di Selangor...Jangan Mimpilah PAN

Parti Amanah Negara (PAN) menggerakkan jentera parti itu di tujuh kerusi Parlimen dan 20 DUN di Selangor.

Ini selepas parti Mohamad Sabu itu menubuhkan 27 Pusat Peduli Rakyat (PPR) di negeri itu.

Pelancaran 27 PPR Negeri Selangor telah dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub di Keramat, malam tadi.

Mengulas tumpuan PAN terhadap 20 DUN itu, Pengerusi PAN Negeri Selangor, Ir Izham Hashim berkata ia bagi meneruskan tradisi kepedulian dan keprihatinan rakyat melalui khidmat yang berterusan.

“Inisiatif ini bertujuan memastikan Pakatan Harapan terus menerajui pentadbiran Kerajaan Selangor dan seterusnya menjadi pemangkin kepada usaha mengambil alih pentadbiran di Putrajaya.

“Ia juga bagi memastikan gerak kerja bersama parti-parti komponen Pakatan Harapan dapat dilaksanakan secara lebih erat dan tersusun dalam usaha memenangi hati rakyat Selangor terutamanya untuk berdepan di dalam PRU14 nanti,” ujarnya dalam satu kenyataan.

20 DUN yang menjadi tumpuan PAN sebelum ini adalah milik PAS iaitu; Hulu Kelang, Gombak Setia, Dusun Tua, Jeram, Seri Serdang, Tanjung Sepat, Paya Jaras, Sungai Ayer Tawar, Sabak, Sungai Burong, lembah Jaya, Chempaka, Morib, Sijangkang, Taman Templer, Bangi, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Selat Klang dan Meru.

Manakala 7 Parlimen yang menjadi target PAN adalah; Kota Raja, Shah Alam, Hulu Langat, Sepang, Sungai Besar, Kuala Selangor dan Tanjung Karang.

Izham berkata semalam khidmat pemeriksaan percuma turut dibuka pada pelancaran PPR di Hulu Kelang, Gombak yang telah dihadiri ADUN Saari Sungib.

“Tujuan penubuhan PPR yang dilancarkan di Hulu Kelang, Gombak pada hari ini (semalam) ialah untuk meyakinkan rakyat Selangor berhubung kelangsungan khidmat kerajaan negeri melalui Amanah Selangor sebagai mewakili kerajaan Pakatan Harapan Selangor secara lebih terancang dan berkesan.

“Kami berdoa agar Allah SWT memberkati usaha kami dan mempermudahkan urusan kami dalam merealisasikan konsep Islam rahmatan lil alamin,” katanya lagi.

Sementara itu, Salahuddin Ayub ketika melancarkan 27 PPR Negeri Selangor berkata PAN tetap berpegang pada janji setia bersama Pakatan Harapan untuk memilih Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri jika menang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

“Kalau kita lihat kembali sewaktu mengikat janji setia semasa menubuhkan Pakatan Harapan dahulu, PAN menyatakan kita boleh berpegang dengan perjanjian kita mahu Anwar sebagai perdana menteri.

“Mana-mana parti yang nak masuk dalam rumah baru kita mesti bersetuju dengan dasar umum kita. Kita ada dokumen yang bersetuju Anwar menjadi perdana menteri,” katanya dilapor portal Malaysia Dateline.

Salahuddin juga berkata, PAN merupakan parti yang bersikap setiakawan dan tidak akan mengkhianati janji dalam berpakat.

“Aset paling bernilai yang ada pada kami ialah kesetiaan kita kepada rakan-rakan dalam politik muafakat.

“Kita tidak pernah khianat kepada janji sebab itu kita menubuhkan Pakatan Harapan. Saya punya premis untuk menyatakan perkara ini kerana saya adalah salah seorang daripada pengasas Pakatan Rakyat dahulu.

“Kita berpegang teguh pada janji dengan kawan-kawan sepanjang perjalanan itu kita kenal siapa kawan, siapa musuh walaupun ada orang sudah tak kenal mana kawan mana musuh. Musuh jadi kawan, kawan jadi musuh. katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana