Orang kuat Mahathir dakwa Ibrahim Ali tidak relevan

Bekas ahli PPBM Datuk Khairuddin Abu Hassan (kiri) mendakwa Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai ahli politik yang tidak lagi relevan dalam politik hari ini.
“Realitinya era Ibrahim Ali sudah berlalu. Tolonglah jangan bernafsu besar lagi di dalam politik dan jangan sama sekali nak memporak-perandakan harapan rakyat bagi melihat pertandingan 1 lawan 1.”
Ibrahim di Persidangan Tahunan Perkasa hari ini berkata mereka akan menurunkan 50 calon bebas dengan latar belakang pendidikan dan kerjaya yang menyakinkan.
Antaranya termasuk bekas penjawat awam, peguam berpengalaman, golongan profesional dan tokoh agama.
Khairuddin menegaskan langkah itu mahu menggagalkan rancangan 1 lawan 1 menentang Barisan Nasional.
“Apa saja alasan yang Ibrahim Ali bakal berikan, contohnya ‘ini negara demokrasi siapapun berhak bertanding’ tetapi bagi saya dia tetap seorang pengkhianat yang sedang merosakkan pelan Pakatan Harapan yang gigih berusaha untuk hadapi pertandingan 1 lawan 1,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan.
Sebelum itu, Ibrahim ketika berucap dalam Persidangan Agung Tahunan Perkasa berkata mereka akan menentang habis-habisan DAP kerana parti itu didakwa memberi ancaman kepada perpaduan rakyat, keharmonian beragama dan keselamatan nasional di negara ini.
Jelas Ibrahim DAP yang sejak dari dahulu malah tidak pernah berganjak dengan konsep ‘Malaysian Malaysia’ telah mentafsirkan perkara itu dan permainan politik parti berkenaan menjadi penghalang kepada pro­ses perpaduan nasional antara masyarakat majmuk.
Beliau menjelaskan, pelbagai tindakan parti yang ditunjangi kaum Cina itu selama ini cukup memberi gambaran siapakah DAP sebenarnya termasuk penenta­ngan keras mereka terhadap penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) 355 mengenai pentadbiran Islam yang telah mencabar majoriti umat Islam di negara ini.
“Secara peribadi, ini sebabnya saya sebagai pribumi, Melayu jati, orang Islam dan orang perjua­ngan tetap tegas dengan pendirian saya dan tidak boleh terima DAP. Sebaliknya, saya tentang DAP habis-habisan.
“Bangkangan DAP terhadap RUU 355 dan mereka yang senada dengannya memberi gambaran seolah-olah DAP berhak menentukan perjalanan hal-ehwal Islam di Malaysia. (Perkara itu dapat dilihat) apabila ada keturunan Cina mempersoalkan azan yang kuat di masjid atau surau, apabila umat Islam membuat laporan polis mengenainya, mereka hanya berpeluk tubuh dan diam seribu bahasa,” katanya.
Sebanyak 1,425 perwakilan dari 168 kawasan Parlimen dan kira-kira 1,500 pemerhati menghadiri persidangan itu.
Ibrahim berkata, berdasarkan pelbagai siri penghinaan dan perbuatan biadab yang dilakukan DAP sebelum ini termasuk isu kalimah Allah, memperlekehkan raja-raja Melayu dan mempersendakan lagu Negaraku selain mempersoalkan dasar-dasar affirmatif kerajaan, ia adalah luka-luka yang masih berdarah dan sukar dilupakan.
Katanya, tindak-tanduk DAP yang terus mempersendakan Islam itu turut diyakini menjadi punca Pas memutuskan tahalluf siyasi dengan parti itu walaupun kerjasama politik tersebut telah memberikan keuntungan politik yang besar kepada Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana