Oh, Pribumi Tak Masuk Pakatan Lagi Ke?

RAMAI di kalangan manusia yang penulis kenal menyokong parti Pribumi cap bunga raya ini, terkejut apabila membaca kenyataan Presiden mereka Muhyiddin Yassin semalam yang memerlukan masa untuk memikirkan tentang penyertaan parti dengan kurang 15,000 ahli itu ke dalam Pakatan pembangkang sempena konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.

Dengan drama salam-salam di Mahkamah, bini masing-masing dipergunakan dan sebagainya ni, ingat dah masuk dah, rupanya belum – perlu masa pulak lagi.

Kena ingat, Pakatan Harapan ni bukannya berdaftar pun – macam tandas awam jugaklah, keluar masuk bila bila masa pun boleh.  Bila pilihanraya nanti, masing-masing bertanding atas tiket parti masing-masing, tak macam BN guna satu lambang, itupun berkira nak masuk jugak?

Umum sajalah, bukan nak kena isi borang ke apa benda.  Lagipun masuk tak masuk ada beza?  Benda tak berdaftar kan.

Tambah mengejutkan bila ada ura-ura bahawa sebab di sebalik penangguhan tersebut ialah kerana parti bunga raya ini nak mengadakan pakatan baru dengan PAS dan PKR saja, DAP tak termasuk di dalamnya.  Sekalipun tak disebut tapi dipercayai ia ada kaitan dengan penolakan orang Melayu terhadap parti cina tapi bersembunyi di sebalik dakwaan berbilang bangsa itu.

Maksudnya propa yang mengatakan DAP tidak anti Melayu itu, gagal – kalau betullah pakatan baru ni nak dibuat.

Ini bagaimanapun mengingatkan penulis kepada sejarah yang pernah berlaku ketika Tengku Razaleigh mengetuai pakatan pembangkang awal 90-an.  Ketika itu, perkara sama juga di lakukan dengan parti berasaskan melayu duduk dalam satu pakatan (APU), yang bukan melayu duduk dalam satu pakatan yang lain (Gagasan Rakyat) tapi S46 wujud dalam kedua-duanya – peranan kini yang nampak macam nak diambil PKR.

Formula macam ini dah terbukti tak berjaya sekadar menyerlahkan perpecahan di kalangan mereka saja.  Dah sekarang Mahathir nak tiru formula sama pulak.  Mahathir la, Muhyiddin mana ada otak nak fikir semua ni, dia disitu pun (Presiden Pribumi), Mahathir yang letakkan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana