Nurul Izzah lupa jasa PAS kepada keluarganya...Memang Mulut Kurang Ajar Izzah Ni

"Pemimpin perlu berfikiran kritis, bukan pemimpin yang nama sahaja pak haji tetapi korupsi. Pak haji yang korupsi bukan pemimpin kita," kata Nurul Izzah.

Nurul izzah berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Harapan yang julung kali diadakan di Shah Alam beberapa hari lalu.

Kata Nurul Izzah lagi apa yang diperlukan negara adalah pemimpin yang melawan rasuah dan bukannya berpengetahuan agama semata-mata.

Saya setuju dengan seorang facebooker 'Kero San' berkata apa salahnya tukar ayat tu ditukar menjadikannya lebih baik untuk Islam kepada "kita perlukan pemimpin yang kuat agama, berani dan melawan rasuah."

Saya sangat setuju dengan komen 'Timmy Say' dalam tulisannya walaupun agak kasar sedikit, iaitu "Tidak akan kita kedengaran suara seorang ahli politik PKR yang mempertikaikan kelayakan “Tok Haji yang rasuah” menjadi pemimpin, tapi memilih membutakan mata pada kelayakan seorang pemimpin yang dipenjara kerana kesalahan jenayah moral untuk diangkat sebagai perdana menteri."

Sikap Nurul Izzah yang lantang mengkritikan PAS pada konvensyen Harapan sangat dikesali berbeza dengan sikap ibunya Wan Azizah yang masih bertolenrasi dengan PAS.

Nurul Izzah adalah manusia yang tidak mengenang budi.

Dia lupa semasa bapanya Anwar Ibrahim dizalimi, PASlah yang membantu menyediakan semua kemudahan untuk dia menjelajah seluruh negara bagi mendapat simpati dan sokongan rakyat.

Semasa itu dia di pentas hanya sekadar boleh bercakap "papa saya... papa saya... papa saya dan linangan air mata"
Tapi lebai PAS dan Pak Haji PAS yang dihina itulah yang membantu menyediakan pentas, mengeluar wang ringgit dan tenaga untuk semua kemudahan pergerakkannya bagi mendapat sokongan untuk pembesasan bapanyanya.

Sudahlah tidak kenang budi, kurang ajar pula dengan PAS apabila dia telah besar dan pandai berdikari sendiri.

Malah si "Mahazalim" yang memejarakan bapanya, yang memporak perandakan keluarga mereka pula disanjung!

Apakah Nurul Izzah percaya bapanya memang bersalah dalam kes liwat? Nuruh Izzzah setuju dengan surat peribadi ibunya kepada Tun Mahathir? Adakah Nurul Izzah kini sama berpendapat dengan adik lelakinya yang menghilang diri dalam dunia politik keluarga mereka?

Sia-sia sahaja laungan suara refomasi dan gelaran puteri reformasi kepadanya selama ini!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana