Nasib Lah Kau Nanti.....Giliran Tabung Haji Pula Mengajar Rafizi


Mungkin sudah menjadi satu tugasan hakiki di mana Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli seperti ditugaskan untuk menjahanamkan apa sahaja entiti yang ada hubung kait dengan Islam dan Melayu. Lihat sahaja bagaimana Rafizi mencipta fitnah terhadap NFC, Datin Seri Rosmah, Permata, Jakim, KWAP, KWSP, Tabung Haji dan 1MDB.

Bayangkan, bagaimana beliau mencipta fitnah terhadap Tabung Haji sehinggakan ada diantara pendeposit telah termakan hasutannya sehingga bertindak mengeluarkan semua simpanan mereka dalam Tabung Haji. Menariknya, Rafizi sendiri masih mempercayai Tabung Haji dengan masih mengekalkan simpanannya yang dianggarkan lebih RM 500 ribu.

Tidak serik setelah dijatuhi hukuman denda sebanyak RM 200 ribu dengan RM 100 ribu lagi melibatkan lain-lain kos mahkamah, beliau terus mencipta satu lagi fitnah terhadap Tabung Haji dengan mendakwa, agensi berkenaan tidak mempunyai cukup dana untuk membayar bonus atau dividen kepada pendepositnya.

Hal ini pantas dinafikan pihak Tabung Haji yang mendakwa, ianya satu lagi rekaan fitnah Rafizi terhadap Tabung Haji hanya semata-mata untuk memburukkan imej syarikat berkenaan.

Semalam, pihak Tabung Haji akhirnya sudah hilang kesabaran dengan sikap dajjal Rafizi. Pihak Tabung Haji mengesahkan telah mengambil tindakan saman bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan terhadap Rafizi kerana memfitnah agensi berkenaan.

Kes saman ini juga turut melibatkan tuduhan jenayah fitnah dibawah Seksyen 500 dan kedua-dua Seksyen ini, andai didapati berasalah, Rafizi akan berhadapan dengan hukuman penjara 2 tahun atau denda atau keduanya sekali. Kes ini telah difailkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali di Mahkamah Tinggi.

Sememangnya, ini yang paling layak di terima oleh si dajjal seperti Rafizi ini. Sudah terlalu kerap beliau mencipta fitnah sehingga menampakkan beliau bukan lagi Ahli Parlimen yang sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat yang diwakilinya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana