Najib Ke Jepun, Tak Kecoh Apa Nak Kena Jual Pulak Ke?

DATUK Seri Najib Tun Razak hari ini memulakan lawatan ke Jepun selama 3 hari.  Selain memenuhi jemputan Perdana Menteri Shinzo Abe, beliau juga sudah pasti meneroka peluang pelaburan baru untuk negara – yang akhirnya akan membawa manfaat kepada rakyat dan negara.

Ini sifat beliau sebagai Perdana Menteri yang prihatin dan mesra rakyat.

Tapi penulis yakin lain pula halnya di pihak pembangkang dan pakar-pakar ekonomi tidak bertaraf mereka.  Sudah pasti akan ada saja buah tangan yang bakal dibawa balik Perdana Menteri untuk rakyat, diputar belit sebagai menjual negara kepada pihak asing.

Ini samalah halnya seperti ketika negara bersetuju menyertai TPPA – dikatakan nak menjual negara kepada Amerika Syarikat, pelaburan dalam projek keretapi laju pantai timur (ECRL) – dikatakan menjual negara kepada China dan sebagainya.

Sehingga diakhirnya kalau  ikut cakap pakatan pembangkang yang diketuai DAP ini, entah berapa bahagian dalam negara ni yang dah dikerat-kerat untuk dibahagi-bahagi kepada negara asing dimana Najib mengadakan lawatan atau kerjasama perdagangan.  Memang tak masuk akal, tapi yang sokong puak-puak ni pun bukan sempurna akal mereka masing-masing.

Oleh yang demikian, lawatan Najib ke Jepun ini adalah peluang paling baik untuk rakyat menilai apa sebenarnya masalah dengan parti-parti pembangkang ni.  Adakah betul nak menjual negara atau politik cemburu semata-mata?

Cemburu, sebab banyak buruk yang dikatakan mereka tentang Najib tapi Najib deliver untuk rakyat dengan membuka begitu banyak peluang pelaburan/pekerjaan, yang mereka di negeri yang masing-masing perintah pun terkial-kial nak selesaikan isu mudah – air sebagai contoh (kurang atau berlebih).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana