Muktamad... Parti Shafie Afdal tak join Pakatan...Ini Semuanya Wayang Belaka Untuk Jaga Pengundi Kroninya Saja

Fikir secara logik akal lah untuk tidak bergabung dengan parti lain...dengan Parti Afdal boleh kuasai dan nak memerintah negeri...ini semuanya wayang politik belaka.

Parti baru yang dipimpin oleh bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Parti Warisan Sabah (WARISAN) tidak akan bergabung dengan blok pembangkang dari Semenanjung.

Shafie memberitahu mereka hanya menyokong Pakatan tapi tidak bergabung.

"WARISAN lebih memberikan tumpuan di Sabah dengan mengadakan kerjasama dengan beberapa parti pembangkang di negeri itu, katanya.

Mengulas mengenai ketidakhadirannya pada Konvensyen Pakatan Harapan pada Sabtu lepas, Shafie, yang juga Anggota Parlimen Semporna, berkata beliau sedang melakukan jelajah di kawasan Kudat, Sabah, pada hari tersebut.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin untuk terus mengambil dan menggunakan pendekatan bergerak secara solo tanpa menyokong mana-mana parti termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Menurutnya keputusan itu sekali gus menyangkal dakwaan Tun Mahathir Mohamad bahawa parti yang tidak menyokong pakatan harapan yang diketuai DAP adalah menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tidak benar, dakwaan Dr. Mahathir itu tidak betul. Ada perkara yang kita sokong UMNO, ada perkara kita tidak sokong. Bukan bulat-bulat,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Penera­ngan PAS, Nasrudin Hassan Tantawi menempelak kenyataan Mahathir dan menegaskan parti itu telah berdepan dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebelum merdeka, berbanding PPBM yang usianya baharu setahun jagung.

“Sejak tahun 1951 kita konsis­ten tidak pernah berhenti melangkah sedemikian cuma pendekatan berbeza dari masa ke semasa. Bergantung kepada strategi politik PAS.

“PAS juga ingin mengingatkan DAP bahawa kami akan meletakkan calon dan bertanding di kawasan mereka pada pilihan raya nanti, jika parti itu berdegil untuk bertanding di kawasan PAS,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana