MUKHRIZ MELAMPAUI BATAS SOKONG ANWAR KATA SAIFUL BUKHARI

Tindakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir secara rasmi menyokong pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai melampaui batas oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ini kerana Mukhriz menyokong bebas banduan yang pernah menzaliminya.

anwarfree
Mukhriz memegang plakad Free Anwar ketika Konvensyen Pakatan Harapan di Shah Alam, semalam.

Menurut bekas pembantu Anwar itu, ketika Mukhriz hilang jawatan Menteri Besar Kedah,  beliau dan isterinya Sue Megat Deraman berasa simpati kepada Mukhriz.

“Hari ini, apabila beliau memilih untuk tunduk pada kebatilan, kami lebih simpati,” kata Mohd Saiful di Facebook beliau.

Berikut catatan Mohd Saiful yang pernah bersumpah di hadapan Kaabah bahawa beliau pernah diliwat Anwar.

Mukhriz Mahathir pada hari ini…

Saya dan Mukhriz tidaklah rapat mana. Beliau adalah kenalan isteri saya Sue Megat Deraman. Beliau mengenali Mukhriz atas kapasiti beliau sbg seorang wartawan, sering bantu cover program2 beliau dlm dan luar negara dari awal beliau berkecimpung dlm politik.

Atas tanda persahabatan dan hormat juga, isteri saya menjemput beliau sebagai tetamu VVIP ke majlis perkahwinan kami 3 tahun lalu.

Beliau juga yg membantu kami aturkan pertemuan dengan Tun M di Yayasan Perdana beberapa bulan sebelum keputusan kes saya.

Namun pada hari ini, beliau sudah berbeza. Hari ini secara rasmi beliau menyokong pembebasan AI. Banduan yg telah menzalimi saya.

Pada hemat saya, itu sudah melampaui batas.

Semasa beliau hilang jawatan Menteri Besar, kami berdua berasa simpati atas nasib beliau. Hari ini, apabila beliau memilih untuk tunduk pada kebatilan, kami lebih simpati..

‘TERIMA KASIH dan ‘SELAMAT MAJU JAYA’ Mukhriz!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana