Muhyiddin enggan ulas Kabinet Bayangan PH...Tak BErani Yang Berkata...Ikut Sangat Lah Madey Akhirnya Merana Diri Sendiri

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan mengulas isu Kabinet Bayangan Pakatan Harapan (PH) yang akan diumumkan dalam konvensyen pertamanya, 12 November depan.

"Saya tidak ada dalam Pakatan Harapan, saya dalam BERSATU (PPBM). Saya tidak mahu komen pasal (jawatan Perdana Menteri dalam Kabinet Bayangan)," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

PH sebelum ini bertegas mahukan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku calon perdana menteri dari pihak pembangkang.

Manakala Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa berselindung mahu menamakan Muhyiddin sebagai calon perdana menteri pembangkang.

PPBM dan PH sebelum ini bersetuju untuk berkerjasama untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Anwar pula menerusi Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata isu calon perdana menteri bukan keutamaannya kini sebaliknya mahu memastikan pembangkang menumpukan perhatian kepada menentang Umno BN pada pilihan raya umum yang semakin hampir.

Pengarah Strategik Amanah, Khalid Samad ketika ditanya perihal yang sama berkata tiada keperluan untuk isu Kabinet Bayangan PH diketengahkan pada masa ini.

"Kabinet Bayangan itu kita akan tetapkan bila kita sudah menang, tidak perlu. Sebab BN pun tidak kemukakan Kabinet Bayangan bila tiba pilihan raya, tidak pernah kemukakannya. Saya rasa itu bukanlah satu perkara yang perlu dikhuatiri atau ambil berat oleh rakyat.

"Yang terpenting ialah adanya individu yang berbangsa Melayu, Islam yang cukup mampu untuk membentuk kerajaan dan memimpin negara ini," ujar Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana