Melayu Dalam Pakatan Harapan Dipergunakan Untuk Musnahkan Bangsa Melayu Sendiri

Senario politik sebelum ini tidak lah seteruk sekarang. Jika dahulu politik pembangkang  sentiasa ada pro dan kontranya terhadap  perancangan kerajaan.  Kontranya apabila sesuatu yang difikirkan merugikan kerajaan akan ditentang dan menyokong apabila ianya memberikan faedah kepada rakyat dan negara.

Namun segala budaya sedemikian telah hilang dari pemikiran politik pemimpin masa kini.  Pembangkang yang ada sekarang lebih kepada menjurus mempertikaikan apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan walaupun ada diantara  rancangan kerajaan tersebut adalah  agenda  yang mereka sendiri perjuangkan.

Sekarang kita sedang melihat pelbagai  adengan politik berlaku di negeri tersebut akibat daripada telatah pembangkang yang tidak henti-henti mahu berpolitik sepanjang masa. Sikap buruk pembangkang yang dilihat semakin ketandusan modal dalam usaha mereka meraih sokongan rakyat.

Secara jelasnya kerajaan telah mengambil pendekatan `engagement’ dan `bipartisan’ dalam beberapa hal terutama melibatkan kepentingan rakyat. Selama ini mereka melihat kerajaan ini ditadbir dengan cara kononnya tidak telus, menerima rasuah selain mengamalkan budaya kronisme dan cuba menutup perkara tidak baik.

Dengan sikap kepura-puraan kita melihat bagaimana pembangkang yang “constructive” iaitu dengan tidak membangkitkan isu-isu yang menjadi permainan maki hamun semata-mata. Malangnya mereka tahu akibat daripada permainan itu, mereka semakin kehilangan arah,

Pembangkang dalam kepelbagaian usaha terus menukar strategi dengan slogan-slogan yang  dimainkan sebagai senjata untuk memperlihatkan  hala tuju mereka walaupun kita sedar dalam  agenda yang diperjuangkan itu terselit politik fitnah yang menjadi amalan untuk menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Mereka cuba tanamkan fitnah dalam fikiran rakyat, soal betul atau tidak itu menjadi soal kedua. Mereka mahu tanamkan persepsi dan kebencian. Mereka mahu tanamkan persepsi dan kebencian. Sebab itu, mereka bimbang jika apa yang dilakukan oleh kerajaan demi kebaikan rakyat.

Pembangkang akan berusaha dengan hujah yang tidak relevan untuk membuktikan bahawa setiap rancangan yang dilakukan oleh kerajaan itu satu pembaziran. Isu bahan keperluan dan kenaikan harga barangan menjadi peluru terbesar  untuk melancarkan serangan kepada kerajaan.

Mereka sedar bahawa politik kebencian tidak akan ke mana dan rakyat yang bijak secara keseluruhannya tidak akan terjerat dengan budaya politik sedemikian. Budaya berkenaan yang disemai oleh parti pembangkang hanyalah bertujuan untuk kepentingan politik sempit mereka dan tidak membawa apa-apa kebaikan untuk rakyat dan negara

Hasilnya kita telah melihat bagaimana beberapa orang pemimpin pembangkang telah dikenakan tindakan mahkamah susulan fitnah-fitnah yang dilakukan sehingga ianya menghancurkan sesuatu yang dibangunkan oleh kerajaan.

Bukan itu sahaja pembangkang juga mengamalkan budaya perkauman yang amat kuat dan juga memastikan hak-hak pemilikan Melayu didalam negara dihapuskan termasuk pemilikan dalam bidang pembangunan industri.

Peluang-peluang yang ditawarkan kepada bangsa Melayu dilihat sebagai satu usaha perkauman. Justeru itu pembangkang dengan menggunakan Melayu yang ada didalam pakatan mereka  digunakan sebagai peluru untuk memusnahkan apa yang Melayu usahakan.

Agenda pakatan pembangkang hanyalah memburukkan apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan walaupun ianya benar-benar memberi pelbagai manfaat secara menyeluruh. Mereka menafikan segalanya, menafikan walaupun setiap hari mereka menikmati segala kemajuan dan usaha daripada kerajaan.

Tambahnya mereka seolah-olah cukup sinonim dan budaya sedemikian dan bukan perkara baru hari ini apabila kerajaan yang ditubuhkan atas pilihan rakyat pada pilihan raya umum yang lalu ditohmah dengan pelbagai dakwaaan.

Cuba kita tengok dan perhatikan sejak sekian lama bagaimana serangan mereka terhadap apa yang telah dibuat dan dilaksanakan oleh kerajaan. Politik sebeginilah yang akan merugikan rakyat dan negara.

Keikhlasan kerajaan dalam membela dan menunaikan tanggungajwabnya kepada rakyat seolah-olah dipandang sinis oleh mereka. Kita tunggu selepas ini setelah kabinet baru yang dibentuk dan diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam merencanakan dasar dan program yang melibatkan kepentingan rakyat.

PRU14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana