MASYARAKAT INDIA LEBIH PERCAYA BAJU MERAH, BERBANDING BERSIH

KAMI datang untuk menyatakan bahawa apa yang cuba disampaikan oleh Bersih adalah tidak benar.

Ini dinyatakan sendiri oleh wakil kumpulan Baju Merah berbangsa India di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Menurut kumpulan berbangsa India yang bersama-sama Baju Merah itu Bersih hanya mahu mempengaruhi rakyat melalui cerita-cerita tidak benar.

“Kami datang mahu ceritakan perkara sebenar kepada rakyat,” katanya ketika ditemubual wakil kami.

Tambahnya lagi, Bersih hanya mendapat cerita karut dan tidak benar, maka kehadiran Baju Merah hanyalah untuk memberitahu fakta.

Bagi mereka, Bersih hanya mahu mengelirukan rakyat melalui propaganda bahawa Kerajaan Malaysia korup dan tidak demokratik.

Jika Bersih mahu ubah kerajaan sedia ada sekalipun, gunakan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan bukan dengan cara berdemonstrasi sebegini, tambahnya.

“Gunakan election untuk tetapkan kerajaan mana yang kamu mahukan,” ujar wakil Baju Merah berbangsa India tersebut.

Kumpulan Baju Merah kali ini agak unik apabila turut dihadiri kira-kira puluhan yang berbangsa India.

Ini sekali gus menafikan tuduhan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa Baju Merah adalah bersifat perkauman. –Tv14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana