MAS serah maklumat sulit pada keluarga warga Australia

Malaysia Airlines (MAS) kini bersetuju untuk menyerahkan hampir semua dokumen dan rekod korporat yang selama ini dirahsiakan bagi membantu tuntutan pampasan difailkan waris mangsa nahas pesawat MH370 terhadapnya.

ABC News melaporkan ia perkembangan terbaru ketika perbicaraan di mahkamah di Sydney semalam dalam kes membabitkan anak kepada 4 penumpang MH370 – Rod dan Mary Burrows, dan Bob dan Cathy Lawton.

Mereka mengambil tindakan mahkamah terhadap MAS dan penginsurans utama, Allianz.

Perjanjian itu mengejutkan peguam keluarga berkenaan, pakar penerbangan John Dawson kerana sepanjang setahun lalu beliau cuba mendapatkan dokumen berkenaan untuk membantu kes tuntutan anak guamnya.

Portal berita itu melaporkan keluarga mangsa nahas pesawat itu berharap dokumen berkenaan akan membantu dan mempercepatkan tuntutan pampasan mereka melebihi apa yang ditawarkan syarikat penerbangan itu.

ABC difahamkan Allianz menawarkan bayaran sehingga $250,000 bagi setiap mangsa rakyat Australia.

Sebanyak $50,000 bagi setiap penumpang dibuat lebih setahun lalu selaras dengan Perjanjian Montreal, yang menetapkan kewajipan itu kepada syarikat penerbangan dan penginsurans, tetapi keluarga mahu jumlah lebih tinggi.

Mereka berharap dokumen yang dijanjikan syarikat penerbangan itu mungkin mengandungi bukti ketidakcekapan dan kegagalan hingga berlaku nahas itu, menurut ABC News.

Untuk itu, perubahan sikap syarikat itu untuk mengeluarkan dokumen berkenaan tidak difahami sepenuhnya.

Jurucakap Allianz Australia Nicholas Schofield hanya berkata pihaknya mengesahkan kedudukan mereka sebagai penginsurans utama untuk pesawat dan perlindungan liabiliti.

“Kehilangan pesawat MH370 sesuatu yang tidak dijangka, dan bagi semua tuntutan, kami tidak boleh komen mengenai butiran kes, terutama berkaitan perkara yang dibawa ke mahkamah,” katanya dipetik daripada ABC News.

Pesawat MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 pada jam 12.41 tengah malam ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Dokumen yang dikeluarkan itu termasuk sijil perubatan terbaru setiap anak kapal; lesen terbaru juruterbang; log nota operasi atau rekod dipegang syarikat berkaitan dengan penerbangan itu; prosedur membawa barangan berbahaya; prosedur jika hubungan komunikasi terputus, terbang merentasi lautan dan apa perlu dibuat dalam kejadian rampasan pesawat; manual operasi pesawat termasuk keselamatan dek penerbangan; dan pelan penerbangan dibuat kapten dengan menara kawalan trafik.

Bagi mana-mana pesawat ia hanya senarai biasa – tetapi bila ia MH370 apa saja boleh menjadi maklumat baharu.

Kes pampasan itu, sama seperti kes lain, nama syarikat penerbangan menjadi proksi kerana perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku, tetapi realitinya ialah penginsurans Allianz yang dikejar untuk wang.

Mengikut undang-undang penerbangan, Malaysia Airlines menerima durian runtuh daripada tragedi itu.

Allianz membayar ratusan juta akibat kehilangan pesawat Boeing MH370 dan Airbus MH17 yang meletup ketika terbang di ruang udara Ukraine beberapa bulan kemudian.

Belum dapat dipastikan sama ada dokumen yang dijanjikan kepada peguam itu akan didedahkan kepada umum – yang akan hanya berlaku jika kes itu sampai ke peringkat perbicaraan.

Tarikh mendengar kes itu belum ditetapkan sehingga Mac depan.

“Saya sering tidak tidur lena,” kata Karla McMaster, 29, antara ahli keluarga mangsa nahas MH370, yang kini mengalami kejutan pasca traumatik.

Situasi dihadapinya itu juga sebahagian daripada tuntutan terhadap syarikat penerbangan itu kerana memaklumkan waris mengenai kejadian berkenaan hanya menerusi SMS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana