MANTAN MB KEDAH KECEWA DENGAN BEKAS KETUANYA...RAKYAT MALAYSIA SUDAH MULAI KELIRU APA TUJUAN MADEY

Tan Sri Osman Aroff, bekas Menteri Besar Kedah selama 11 tahun meluahkan perasaan sedih dengan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini menikam UMNO, parti  yang mengangkatnya dahulu sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.

Osman yng kini berusia 76 tahun menceritakan, Dr. Mahathir pernah berkata: “… kerana UMNO lah saya dipilih sebagai Perdana Menteri dan jangan tinggal parti walau apa pun yang berlaku”.

Beliau yang juga Naib Presiden Mubarak Malaysia menjelaskan seluruh orang Melayu yang mendokong UMNO pada masa itu amat menyanjungi kerana semangat kemelayuan Dr. Mahathir yang tinggi.

“Saya cukup sedih bekas ketua saya yang mendapat faedah besar daripada UMNO kini menentang partinya sendiri kerana marahkan seorang pemimpin,” kata Osman semasa berucap pada Konvensyen UMNO Kedah di kompleks MPS, semalam.

Osman yang juga bekas ADUN Jitra pernah menyerahkan jawatan Ketua UMNO bahagian kepada Dr. Mahathir yang berpindah daripada Pendang ke Kubang Pasu.

Osman menjawat Timbalan Ketua bahagian sepanjang Dr. Mahathir menjadi Ahli Parlimen Kubang Pasu.

Bekas Menteri Besar itu mengingatkan perserta konvensyen dan orang Melayu, UMNO akan menjadi lemah kerana sikap pemimpinnya sendiri yang berpaling tadah.

Mana-mana parti politik yang lemah akan ditinggalkan bukan sahaja orang Melayu tetapi juga kaum lain kerana tidak lagi mempunyai kuasa, kata Osman.

Osman bimbang pengaruh UMNO akan terhakis jika tidak diperkasakan semula.

Beliau mengingatkan wakil rakyat UMNO mengambil berat tentang cawangan dan penyokong UMNO di akar umbi untuk memberi keyakinan mereka kepada parti yang terlalu banyak jasanya sejak belum merdeka lagi.

Jika UMNO hilang kuasa, kata Osman, orang Melayu akan menjadi seperti “anjing menyalak bukit”. Tiada siapa yang peduli suara mereka lagi.

Beliau lalu bertanya, apakah jaminan kepada orang Melayu jika UMNO hilang kuasa pemerintahan, sedangkan pemimpinnya boleh bertukar ganti. -KLX

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana