Mana PBB ketika umat Islam Rohingya dibunuh...?

Puteri UMNO kesal penindasan serta pembunuhan itu dilakukan sendiri oleh tentera Myanmar, yang mana sebelum ini dimulakan oleh pelampau Buddhis

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata komuniti antarabangsa menekan kerajaan Myanmar supaya menghentikan menindas dan membunuh etnik Rohingya di Rakhine.

Menurut beliau, tekanan juga harus diberikan kepada Bangladesh kerana bersengkokol dengan Myanmar apabila bertindak menutup semua pintu sempadan dan akses bantuan kemanusiaan ke negara itu.

Kata beliau, Puteri kesal dan kecewa penindasan serta pembunuhan itu dilakukan sendiri oleh tentera Myanmar, yang mana sebelum ini dimulakan oleh pelampau Buddhis.

“Di mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ASEAN, Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Kesatuan Eropah? Kenapa berdiam diri mengenai pembunuhan ini dan tidak segera meletakkan tekanan kepada kerajaan Myanmar.

“Puteri sedih melihat etnik Rohingya dibunuh beramai-ramai di Maungdaw dan kawasan Rakhine. Ia harus dihentikan segera,” katanya dalam kenyataan kepada media.

Mas Ermieyati berkata, PBB sepatutnya bertindak cepat dengan menghantar pasukan pengaman ke Arakan bagi menghentikan sebarang usaha pembersihan etnik Rohingya dan mengembalikan segala asas kebebasan termasuk untuk bergerak, berkahwin, pendidikan, kesihatan dan kehidupan yang aman.

Katanya, hadiah Nobel Pendamaian Aung San Suu Kyi juga harus ditarik balik kerana pemimpin yang pernah dikenakan tahanan rumah selama 18 tahun itu langsung tidak memainkan peranan membantu menyelesaikan konflik etnik Rohingya.

Ujarnya, penyalahgunaan kuasa terhadap etnik Rohingya khususnya kaum wanita dan kanak-kanak sama sekali tidak boleh diterima dengan apa jua alasan sekalipun.

“Jelas penindasan ini sama sekali telah melanggar hak asasi manusia dan lebih memalukan apabila Suu Kyi mengambil pendekatan berdiam diri,” katanya.

Mas Ermieyati memberitahu, Puteri UMNO menuntut janji pemerintah Myanmar tahun lalu untuk memberi komitmen verifikasikan kewarganegaraan kepada etnik Rohingya dan menghulur bantuan diperlukan.

“Etnik Rohingya harus diberikan hak untuk meneruskan hidup secara aman seperti etnik lain dan mempunyai dan masa depan yang baik,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana