Majlis Peguam Terima Dana Asing, Memalukan Negara...Majlis Peguam Adalah Iktiraf Oleh Kerajaan Tu

SEMUA rakyat Malaysia tahu bahawa Majlis Peguam merupakan penyokong tegar pembangkang sejak dahulu lagi. Malah ramai pihak amat tidak berpuas hati dengan tindakan Majlis Peguam yang sering menyerang kerajaan dan membela segala jenayah salahlaku pembangkang. Perkara tersebut secara langsung mengundang tanda tanya di kalangan rakyat.

Baru-baru ini satu dokumen yang dikatakan dari jaringan geran antarabangsa, Open Society Foundation (OSF) mendakwa bahawa pengasasnya, Soros, mempunyai “kepentingan peribadi” dalam pilihan raya Malaysia. Malah Soros turut didakwa membiayai pihak yang pro pembangkang seperti BERSIH, Merdeka Center, Malaysiakini, Majlis Peguam dan lain-lain lagi.

Majlis Peguam juga mengakui bahawa mereka telah menerima pembiayaan daripada Soros. Namun dalam usaha Majlis Peguam membela diri, mereka mendakwa sejumlah RM$53,757.12 (US$15,000) yang mereka terima daripada Open Society Foundation (OSF) hanyalah sebagai geran untuk menjalankan kajian penyelidikan mengenai pekerja migran di Malaysia.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen, majlis tersebut, Datuk Seri M. Ramachelvan berkata pembiayaan itu diterima daripada OSF pada 7 Januari 2015.
Kononnya wang yang diterima digunakan secara eksklusif untuk bayaran penyelidik bagi kajian penyelidikan, kos transkripsi dan kajian semula, kos perundingan dengan pemegang berkepentingan dan perbelanjaan luar jangkaan.

Secara logiknya, tidak mungkin Majlis Peguam akan mengaku bahawa mereka mengunakan dana daripada Soros untuk menjalankan aktiviti bagi menentang kerajaan sebagaimana yang Soros caturkan.

Penafian niat sebenar adalah perkara biasa. Pengakuan penerimaan dana asing tersebut pula tidak dapat dielakan memandangkan rahsia tersebut telah terbongkar.

Namun perkara yang amat kita kesali adalah bagaimana ahli Majlis Peguam yang kaya raya sanggup menerima dana asing sedangkan kedudukan kewangan mereka amat kukuh. Para peguam dikatakan antara golongan yang kaya raya. Tindakan mereka menerima dana asing tersebut dilihat sebagai perkara yang amat memalukan. Mereka seperti terlalu “pelahap” sehingga sanggup menjual negara.

PRU14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana