MAJLIS PEGUAM, PEGUAM DAP DAN PKR... BERSATU UNTUK TUNJUK KUASA...

Setiap kali demonstrasi haram, setiap kali itulah, barisan peguam-peguam DAP termasuklah dari LFL apatah lagi Majlis Peguam, akan segera tampil untuk membela peserta-peserta demonstrasi yang ditangkap dan ditahan oleh polis.

Hasilnya, dari BERSIH 3.0 sehinggalah BERSIH 4.0 menyaksikan hakim-hakim mahkamah membuat keputusan para pendemonstran tersebut tidak bersalah, sebaliknya yang bersalah adalah Polis dan Kerajaan Malaysia. PDRM dan Kerajaan Malaysia sebaliknya perlu membayar gantirugi kepada para pendemonstrasi tersebut.

BERSIH 5.0, modus operandi yang sama digunakan oleh DAP. Membariskan barisan peguam-peguam handalannya yang turut dibantu oleh Majlis Peguam dan Lawyers for Liberty, persediaan untuk 'berperang' dengan Perlembagaan diyakini akan berpihak kepada mereka, apabila beberapa keputusan mahkamah sebelum ini, sememangnya diberikan kepada mereka.

Pemanipulasian undang-undang tidak dilihat sebagai satu ancaman kepada negara ini biarpun pada masa yang sama, pihak berkenaan terus cuba 'mendidik' rakyat dengan Perlembagaan Malaysia yang mereka ubahsuai agar menjadikan mereka sebagai wira dan terlebih pandai.

Akta berkaitan Perhimpunan Aman, Kebebasan Bersuara, Akta Polis dan sebagainya telah diperkotak-katikkan oleh pemanipulasi undang-undang yang aktif dalam 'perniagaan undang-undang' di negara ini.

Dan di sebalik pelbagai cop dan label diberikan kepada kerajaan mahupun pembangkang, kuasa sebenarnya adalah puak-puak yang berpejabat di mahkamah-mahkamah di seluruh Malaysia. Merekalah yang menjadi kuasa ketiga, sepertimana yang cuba dilakukan di India dan Pakistan yang menyaksikan kedua-dua negara tersebut hampir lumpuh apabila sektor perundangan mengambil langkah memboikot semua urusan kerajaan beberapa tahun lalu.

Jumlah pemanipulator undang-undang jauh lebih ranggi dan agresif berbanding penegak undang-undang!

BERSIH 5.0 dan selepas itu, bakal menyaksikan kehebatan barisan peguam dan mahkamah menunjukkan kuasa mereka yang akhirnya menyebabkan semua pihak terpaksa tunduk termasuklah pihak berkuasa!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana