Majlis Peguam akui terima dana dari OSF, sifatkan bukan isu besar

KOTA BHARU: Majlis Peguam Malaysia tidak melihat isu mereka menerima dana daripada Open Society Foundation (OSF) sebagai isu yang besar.

Tidak kisah dengan dakwaan mereka menerima dana daripada OSF yang dikaitan dengan hartawan Gorge Soros itu, Presidennya, Steven Thiru berkata, pihaknya menerima dana itu untuk tujuan kajian penyelidikan mengenai pekerja migran di Malaysia

Malah tegas Thiru, Soros bukannya individu larangan yang disekat pergerakannya.

"Jadi perkara itu bukan masalah besar memandangkan dana yang diterima diuruskan oleh OSF dan bukannya beliau (Soros).

"Saya tidak lihat ia boleh mengganggu gugat sistem perlembagaan demokrasi di Malaysia lagipun ia hanya untuk tujuan mendapatkan keadilan bagi pekerja asing," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian bangunan Jawatankuasa Peguam Negeri Kelantan di Tanjung Mas di sini, hari ini.

Thiru menambah, pihaknya tidak pernah menyembunyikan perkara itu dan ia mengakui terima dana sejak 2014 hingga akhir 2015.

Pada Khamis lalu, Majlis Peguam mengakui bahawa ia menerima sejumlah RM15,000 dari OSF sebagai geran untuk menjalankan kajian penyelidikan mengenai pekerja migran di Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Migran, Pelarian dan Imigresen, Datuk Seri M. Ramachelvan mendedahkan bahawa pembiayaan itu diterima daripada OSF pada 7 Januari 2015.

Kelmarin, akhbar tempatan melaporkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, perkara itu masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa dan beliau masih belum menerima atau pun melihat kertas siasatan itu.

Bagaimanapun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam mengesahkan pihak polis sedang menyiasat Majlis Peguam berhubung dana diterima daripada OSF.

Ujar Khalid, siasatan ke atas badan itu dibuat di bawah Seksyen 124 C Kanun Keseksaan iaitu peruntukan berkaitan kesalahan membabitkan aktiviti-aktiviti yang dianggap memudaratkan demokrasi berparlimen.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana