Mahathir patut suluh diri dahulu sebelum persoal amalan demokrasi pemimpin kini, kata Shabery Cheek

KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyarankan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya menyuluh dirinya dahulu sebelum mempertikaikan demokrasi diamalkan kepimpinan negara pada hari ini.

Bercakap di lobi Parlimen di sini hari ini, Ahmad Shabery mempersoalkan tindakan Tun Mahathir kebelakangnan ini yang sering mempertikaikan amalan demokrasi ketika ini.

"Saya nak tengok zaman Mahathir, apakah bentuk kebebasan yang diberikan oleh beliau. Kebebasan Akhbar, adakah siaran langsung bahas parlimen, ada tak zaman dia?

"Ada tak zaman dia orang yang disyaki terus dikenakan ISA, sekarang ni sudah tiada, zaman dia ada tak? Jadi, kita nak bandingkan bentuk kebebasan yang diberikan oleh Tun Mahathir berbanding yang ada sekarang.

"Orang yang paling banyak ditahan bawah ISA, bagaimana akhbar ditutup, The Star pernah diharamkan, semua dibawah Tun Mahathir.

"Jadi, kalau hari ini dia (Mahathir) bercakap pasal kebebasan, eloklah dia menyuluh diri sendiri, apakah bentuk kebebasan yang pernah ditawarkan sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri," tambahnya kepada pemberita.

Ahmad Shabery berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Tun Mahathir yang dijangka membuat perjumpaan dengan Ahli-ahli Parlimen berkenaan imuniti di dalam Dewan Rakyat.

Terdahulu, Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi membantu siasatan berhubung Akta Kerahsiaan Rasmi negara.

Shafie sebelum ini bersama dua lagi bekas menteri kabinet iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah diarahkan memberi keterangan berhubung hujah mereka dalam Dewan Rakyat mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana