Mahathir guna 'taktik bohong dan menakutkan' orang ramai...Buruknya Perangai Sebenarnya

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, terpaksa menggunakan “taktik bohong dan menakutkan”, yang berpotensi memusnahkan ekonomi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata tuduhan tidak berasas Dr Mahathir hanya menyasarkan untuk menjatuhkan keyakinan umum dan pelabur dalam negara ini.

Katanya, tuduhan Dr Mahathir terhadap urus niaga “bersejarah” antara kerajaan dengan China dibuat sama ada secara sengaja atau kerana kurang pemahaman terhadap butiran perkara itu.

“Contohnya ialah, pinjaman mudah kerajaan untuk membina projek Landasan Kereta api Pantai Timur (ECRL) yang dikatakan beliau akan meningkatkan hutang negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Mahathir juga mendakwa kontraktor utama projek itu pasti syarikat China, bukan Malaysia.

“Pinjaman mudah yang diberikan Export-Import Bank of China mengenakan terma yang menggalakkan dengan kadar faedah rendah dengan tempoh 20 tahun.

“Ia juga dalam nilai ringgit, bukan dolar AS atau yuan, seperti didakwa Dr Mahathir.

“Meskipun kontraktor utama ialah syarikat pembinaan terbesar China, perjanjian kami ialah sebahagian besar kerja akan diberikan secara sub kepada syarikat tempatan.

“Akan berlaku juga pemindahan teknologi,” katanya sebagai respons kepada dakwaan Dr Mahathir.

Rahman berkata struktur projek berkenaan akan membabitkan kontraktor tempatan dan berbeza daripada pembinaan Kuala Lumpur Convention Center yang dibina ketika Dr Mahathir perdana menteri.

“Arkiteknya dari Argentina, Menara 1 dibina Korea Selatan sementara Menara 2 dibina syarikat Jepun,” katanya.

Beliau juga menjelaskan mengenai kos ECRL, di mana Dr Mahathir pada konvensyen Pakatan Harapan minggu lalu berkata, sangat tinggi.

“Kos RM55 bilion itu termasuk kos sistem isyarat dan infrastruktur sokongan,” menurut kenyataan itu.

Sebaik saja projek itu siap, ia dijangkakan menambah 1.5% kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) tahunan di pantai timur.

Mengenai topik 1MDB, di mana pembangkang mendakwa hutangnya RM53 bilion, Rahman berkata jumlah yang tepat ialah RM31 bilion, kerana hutang itu berkurangan selepas ia melaksanakan rasionalisasi.

“1MDB pada masa ini mempunyai RM1.9 bilion tunai yang membolehkan ia membangunkan projek Tun Razak Exchange dan Bandar Malaysia,” katanya.

Menteri yang bertanggungjawab dengan Unit Perancang Ekonomi itu berkata, Dr Mahathir juga silap bila berkata hutang semasa kerajaan ialah RM600 bilion dalam dolar AS.

“Untuk makluman Dr Mahathir statistik terbaru Bank Negara menyatakan 97% hutang Malaysia dalam ringgit.

“Keputusan kerajaan untuk hanya meminjam dalam ringgit ialah kerana belajar daripada kesilapan lalu dalam pentadbiran Dr Mahathir,” katanya.

Rahman mendakwa Dr Mahathir meminjam dari Jepun dengan pinjaman dalam yen, namun peningkatan nilai yen menyebabkan kerugian kepada negara.

“Kerajaan pada masa ini bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan itu. Itu sebabnya hutang kerajaan dibuat dalam ringgit dan hanya terkesan daripada pergerakan pertukaran wang asing,” katanya.

Beliau turut menyelar “pembangkang yang diketuai DAP” kerana terus menerus menyatakan Malaysia akan bankrap.

“Kami hendak tanya Dr Mahathir mengapa Malaysia tidak bankrap ketika dia berhutang 2 kali ganda berbanding hutang sekarang, iaitu dari 44% kepada 103.4% nisbah hutang kepada KDNK pada 1986.

“Jika pada takat 103.4% kita tidak bankrap, bagaimana nisbah hutang kepada KDNK sekarang 54% akan menyebabkan Malaysia bankrap,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana