MAHATHIR DAN TARIKH 19 NOVEMBER : DIA ‘APIKAN’ ORANG, DIA YANG LARI DULU


19 November 1985, ketika peristiwa hitam Memali berlaku di mana 14 ahli PAS terkorban di Kampung Memali, Mukim Siong, Daerah Baling Kedah, Perdana Menteri pada waktu itu, DS Dr Mahathir Mohamed dikatakan berada di China.
19 November 2016, tarikh peserta BERSIH 5 akan berkumpul. 3 hari sebelum itu iaitu semalam, orang yang sama, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengadakan sidang video mengesa Rakyat memberi sokongan penuh dan menyertai himpunan BERSIH untuk memulihkan negara. Hari ini, beliau dengan selamba membuat keputusan untuk tidak menyertai BERSIH 5 dan pergi ke luar negara.
Seorang Jeneral perang meninggalkan anak buahnya untuk berperang sedangkan beliau berseronok di luar negara? Adakah agenda ke luar negara lagi penting dari menumbangkan Kerajaan? Awal-awal lagi Tun sudah cuci tangan untuk tidak bertanggungjawab sekiranya apa-apa berlaku Sabtu ini. Nak buat macam mana, saya bukan ada di Malaysia, skrip biasa yang akan didendangkan. Sia-sia buat video bagai dan menjadi model paling tua dalam sejarah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana