Mahathir buang tabiat...?

 Ramai yang geleng kepala tengok gambar ini... pada umur 91 tahun Tun Mahathir Mohamad rela dijadikan tunggangan pihak berhaluan kiri dan sanggup berjaga malam-malam untuk menyertai acara bakar lilin buat Pengerusi Bersih Maria Chin yang ditahan polis Isnin.

Acara tersebut di Dataran Merdeka, beliau hadir ditemani isteri Tun Siti Hasmah Mohd Ali.

Ada yang tanya buang tabiat ke apa orang tua ini.

Maria ditahan ketika serbuan polis di pejabat Bersih pada 18 November lalu, sehari sebelum himpunan BERSIH 5 di Kuala Lumpur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Mahathir dalam ucapannya bercakap mengenai kekejaman, kezaliman Datuk Seri Najib Razak yang katanya tidak layak jadi PM.

"Beberapa pemimpin Bersih ditangkap, bukan itu sahaja, mereka diseksa.

"Saya sedih apabila diberitahu Maria dikurung dalam penjara.

"Ini adalah perbuatan kejam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak...Orang-orang seperti ini tidak seharusnya menjadi perdana menteri," tambah beliau.

Untuk rekod, polis hanya berkawal dan tiada sebarang kejadian melibatkan brutaliti polis semasa perhimpunan Bersih, berbeza dengan tindakan FRU dizaman Mahathir memerintah.

Mahathir selain mengecam Najib  turut melaungkan “bebas Maria” bersama-sama hadirin yang lain.

Bagi Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz, Mahathir sanggup mengubah imej dan mengorbankan prinsip untuk berkongsi pentas dengan pembangkang kerana sedar dirinya tidak diterima mana-mana parti.

"Semua parti tidak berminat untuk terima Mahathir sebagai ahli. Justeru, beliau menubuhkan parti sendiri untuk merealisasikan agenda peribadinya.

"Matlamatnya dari dulu sehingga sekarang sangat jelas iaitu untuk memastikan legasi kepemimpinannya diterajui (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir)," katanya.

Nazri berkata, Mahathir berjaya memperdaya pembangkang dengan mencuri pentas Bersih 5 demi meraih populariti, selain cuba memadamkan kisah silam pelbagai pihak mengenai corak kepemimpinannya yang bersifat 'kuku besi' ketika menerajui Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Katanya, Dr Mahathir bijak mencatur strategi dan mengubah persepsi negatif pembangkang terhadapnya bagi memastikan setiap agenda peribadinya menerima sokongan rakyat.

"Rakyat mampu menilai perubahan ketara Mahathir ketika ini berbanding zaman menerajui KDN dulu menerusi tindakan agresif menangani sebarang gerakan reformasi dan cubaan menggulingkan kerajaan.

"Bagaimanapun, sekarang beliau menjadi dalang menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak dan bersekongkol dengan pembangkang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana