Madey Ke Parlimen ....Kesiannya Untuk Menangih Simpati

BEKAS perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini ke parlimen dengan menggunakan alasan untuk menghadiri mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen.

Namun menurut sumber dalaman, Mahathir merancang ‘penampilan istimewa’ di Parlimen untuk menguji sama ada dia mempunyai sokongan sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen supaya dia boleh membuat undi tidak percaya terhadap Najib (yang dia pernah cuba lakukan pada Oktober tahun lepas tetapi gagal) – atau menggunakan 112 undi untuk memberi tekanan kepada Raja-Raja untuk memecat Najib.

Sebelum ini Mahathir bertemu Anwar Ibrahim di mahkamah dua bulan lalu pada 5 September serta Tun Dr Siti Hasmah Ali bertemu Dr Wan Azizah Wan Ismail di Istana Segambut minggu lepas pada 4 November. Mahathir tahu bahawa beliau perlu melakukan sesuatu setelah baginda DYMM Agong dan Majlis Raja-Raja telah berpaling dari beliau.

Untuk makluman beberapa hari yang lepas, keadaan menjadi tegang di Konvensyen DAP Pulau Pinang 2016 apabila seorang perwakilan menyamakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan “bapa ayam” dan “ular”. Ini bermakna Mahathir ditolak oleh para perwakilan DAP.

Hari ini kita dapat melihat pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang mengiringi Mahathir ke parlimen. Adakah Lim Kit Siang berada dalam keadaan yang cukup terdesak sehingga memaksa beliau membelakangkan perasaan para perwakilan DAP? Adakah “hayat” politik Lim Guan Eng kini menjadi pertaruhan sehingga memaksa beliau berbuat demikian?

Turut hadir Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal, Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Ketua Anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Lebih 20 orang anggota parlimen pembangkang dilihat hadir mesyuarat yang dianjurkan di bangunan sementara di parlimen. Adakah benar ura-ura bahawa Mahathir cuba mencari sokongan sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen supaya dia boleh membuat undi tidak percaya terhadap Najib?

Jika benar, memang Mahathir benar-benar berada dalam keadaan terdesak sehingga memaksa beliau cuba mengulangi gerakan undi tidak percaya ini setelah gagal kali pertama pada oktober tahun lepas.

PRU14.tv

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana