Lima sebab Bersih akan kecundang

Sabtu ini Dataran Merdeka, Kuala Lumpur serta beberapa tempat di sekitar bandaraya Kuala Lumpur bakal dicemari lagi dengan perhimpunan haram Bersih 5.0. Peniaga-peniaga yang cari makan di kawasan-kawasan tempat perhimpunan itu juga akan sekali lagi berdepan dengan kerugian dan kerosakan harta benda.

Walaupun Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan amaran bahawa pihak berkuasa akan bertindak ke atas mereka yang melanggar undang-undang, berdasarkan sejarah lalu, penganjur Bersih dijangka akan mengengkarinya.

Berdasarkan "road-tour" yang telah dilakukan oleh Bersih sebelum ini hanya mendapat sambutan suam-suam kuku, rasanya perhimpunan kali ini juga bakal   akan kurang sambutan dan gagal mencapai matlamatnya.

Ada beberapa sebab yang mungkin menjejaskan niat jahat mereka. Antaranya, rakyat sudah penat dan bosan kerana dari Bersih 1 sampai 5 mereka melaungkan benda yang sama, kecuali tambahan satu atau dua isu yang sudah berkali-kali dijelaskan oleh kerajaan.

Sebab kedua, Pakatan Harapan sudah menjadi Pakatan Haru Biru. Isu rasuah melanda DAP dan PKR menyebabkan pepecahan dalam parti. Parti Amanah dan PBSM yang baharu pula tidak mempunyai pengaruh atau impak yang kuat di kalangan masyarakat.

PAS pula sudah bercerai kasih dan melarang ahli-ahlinya menyertai Bersih 5. Ketiadaan PAS akan amat terasa kerana seperti dalam semua perhimpunan sebelum ini,  Bersih memang banyak bergantung kepada jentera parti PAS yang kuat.

Di samping itu pengumuman mantan Perdana Menteri,  Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa dia tidak akan hadir kerana berada di luar negara pasti melemahkan semangat penyokong-penyokongnya untuk turun padang, walaupun Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mukhriz akan berada di sana.

Sebab ketiga, penyertaan Bersih diramal terjejas berikutan amaran yang diberikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa yang mengumunkan penjawat awam yang menyertai sebarang kumpulan atau perhimpunan yang tidak diluluskan di ibu negara Sabtu ini berhadapan tindakan tatatertib termasuk buang kerja atau potong gaji.

Keempat, pada hari yang sama akan berlangsung konsert Rockaway The Saga Continues di Extreme Park, Kompleks Sukan Bukit Jalil yang membariskan pulohan band popular dari Amerika, Indonesia, Singapura dan Malaysia. Pastinya ia akan menarik ramai minat golongan belia ke sana.

Apatah lagi dengan kemunculannkumpulan terkenal dari Amerika Syarikat, Third Eye Blind (US) serta dari Malaysia, Alleycats, Butterfingers, Zainal Abidin, Hujan dan One Buck Short.

Kelima, kemunculan Kumpulan Merah yang diketuai Datuk Jamal Yunus. Seperti Bersih, kumpulan ini juga gagal mendapat permit untuk berhimpun. Tetapi Jamal menegaskan kehadiran mereka adalah untuk memastikan Bersih tidak diteruskan.

Apapun apabila ada dua kumpulan yang berbeza idealogi bertembung, pasti akan ada ketegangan. Hakikat ini pasti menakutkan orang ramai yang bimbang kejadian tidak diingini akan berlaku.

Pengalaman saya dalam perhimpunan-perhimpunan Bersih sebelum ini sudah cukup meyakinkan diri ini bahawa kekacauan sudah pasti akan berlaku.

Dalam perhimpunan Bersih yang lalu, penganjur dan peserta Bersih jelas tidak menghormati undang-undang. Saya melihat sendiri mereka tidak akur dengan amaran pihak berkuasa. Saya melihat wartawan yang pro-kerajaan telah dimaki hamun apabila peserta melihat kad media mereka.

Saya juga melihat sendiri peserta Bersih memaki hamun dan mengkasari anggota-anggota polis yang bertugas. Ada yang dilempar batu dan kereta mereka dipecahkan dan diterbalikkan yang kesemua aksi ini telah dirakamkan dan diviralkan.

Saya mendengar sendiri mereka memaki hamun dan menghina Perdana Menteri serta kerajaan. Saya melihat kata-kata nista memburukkan kerajaan di playkad, kain rentang dan sebagainya. Paling sedih apabila saya melihat ibubapa yang mengheret anak-anak kecil dan pelajar sekolah berdemo sama dan mengajar mereka memaki hamun.

Saya bukan penyokong Kumpulan Merah. Tetapi Kumpulan ini tidak wujud dalam perhimpunan-perhimpunan bersih sebelum ini yang dicemari dengan keganasan sehingga saya sendiri turut merasa keperitan gas pemedih mata yang terpaksa disembur oleh pihak berkuasa untuk meleraikan kekecohan.

Bagi saya, Kumpulan Baju Kuning ibarat paku dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Mereka tidak layak melabel Kumpulan Baju Merah sebagai ganas dan tidak bertamadun. Cerminlah diri sendiri dan cuba ingat balik apa yang dibuat dalam perhimpunan 1, 2, 3 dan 4 yang lalu! Tak ada satupun yang aman!

Pihak polis mengatakan mereka telah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bagi menjamin keamanan dan ketenteraman awam jika penganjur Bersih 5 tetap meneruskan perhimpunan. Tetapi saya sebagai rakyat Marhaen tetap merasa bimbang.

Perhimpunan Bersih ini selain bakal mendatangkan kerugian kepada peniaga di sekitar kawasan mereka berdemo, tetapi juga akan menyebabkan pelancong takut datang ke ibukota.

Bagaimana pula nasib bagi golongan yang bekerja pada hari itu? Pastinya banyak jalan yang tutup dan kesesakan lalu lintas pasti berlaku. Lantas ini pasti menyukarkan golongan ini. Bagaimana pula dengan golongan lain yang mempunyai urusan peribadi atau keluarga di kawasan ibukota?

Adakah penganjur dan peserta Bersih memikirkan ini semua? Tidak, kerana mereka adalah golongan yang berfikiran singkat dan tidak bertanggungjawab.

Mereka juga bodoh kerana membiarkan diri dipergunakan oleh ahli-ahli politik yang mempunyai agenda merampas kuasa untuk kepentingan diri sendiri, keluarga dan kroni.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana