Kumpulan sekular mahu Bangladesh buang Islam sebagai agama rasmi

Bangladesh sedang mempertimbangkan untuk menggugurkan status Islam sebagai agama rasmi negara ini selepas seorang ahli politik kanan mendakwa rakyat sudah menerima pengaruh fahaman sekular dalam kalangan penduduk.

Pemimpin Parti Liga Awami, Dr. Abdul Razzak sebagaimana lapor portal The Independent mencadangkan supaya agama Islam digugurkan daripada Perlembagaan negara ini semasa satu perbincangan dengan Kelab Akhbar Nasional di sini.

Katanya, Bangladesh merupakan sebuah negara harmoni dengan penduduk daripada pelbagai agama dan Islam tidak sepatutnya dijadikan sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan.

“Saya sudah menyatakan me­ngenainya di luar dan kini saya mengulanginya semula bahawa Islam perlu digugurkan daripada Perlembagaan Bangladesh apabila tiba masa yang sesuai.

“Penerimaan fahaman sekular sudah ada dalam kalangan penduduk di Bangladesh,” katanya.

Abdul Razzak berkata, beliau percaya Islam telah dikekalkan sebagai agama rasmi bagi sebab-sebab strategik tetapi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu semasa perbincangan ber­kenaan.

Islam merupakan agama terbesar diamalkan majoriti rakyat di Bangladesh, menjadikannya negara keempat di dunia yang mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia selepas India, Pakistan dan Indonesia.

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina dalam ucapannya baru-baru ini menekankan kepentingan menjaga perasaan penganut agama minoriti.

“Sebagai sebuah negara majoriti Islam, adalah menjadi tanggungjawab moral rakyat Bangladesh untuk menjaga golongan minoriti,” katanya dalam satu persidangan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana