Konvensyen Pakatan Harapan: Segalanya ‘belakang kira’ asal boleh berdakap mesra…

Apa nak buat politik punya pasal kerana nak ambil hati dan berdakap mesra …telan sajalah.Sekalipun sah mahkamah memutuskan orang itu bersalah meliwat…sudah ‘belakang kira’.

Inilah antara senario di konvensyen sehari Pakatan Harapan di IDCC Shah Alam Ahad.Presiden Parti Bersatu Pribumi Malaysia (PPBM) dan Timbalan Presiden Datuk Seri Muhriz Mahathir sama-sama turut serta ‘ mengsucikan’ perbuatan mungkar itu kerana dahagakan kuasa.
 ‘Bebas Anwar’…sepanduk kecil yang mereka sama-sama pegang dan tayang di konvensyen itu adalah satu ritual wajib kalau hendak menambat hati untuk masuk kapal PKR-DAP-PAN dalam Pakatan Harapan.

Tiada sebarang kejutan besar pada konvensyen itu yang turut dihadiri oleh Pensihat PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad kecuali mengesahkan hajat parti baru itu menyertai Pakatan Harapan untuk dayung dalam bersama untuk menumbangkan BN untuk ke Putrajaya.

Bekas Perdana Menteri itu sudah pusing 360 darjah tukar pendirian menelan segala kata nista yang pernah dihamburkan kepada pimpinan Pakatan Harapan termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana hendak bersatu dengan mereka untuk tentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apapun majlis menandatangani perjanjian PPBM menyertai Pakatan Harapan yang asalnya dijangka menjadi acara kemuncak pada konvensyen itu tidak jadi diadakan.

Ini kerana ikut kata Muhyiddin penangguhan itu terpaksa dibuat bagi membolehkan PPBM dan kepimpinan kanan PH berbincang dengan lebih lanjut bersabit terma-terma dalam perjanjian itu.

Beliau menolak dakwaan PPBM telah tarik diri dari kerana gementar.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu beri alasan mahu beri masa yang cukup kepada semua kepimpinan PPBM dan PH untuk berbincang dengan lebih lanjut.

Katanya bukan hanya perbincangan antara presiden sahaja tetapi dengan semua kepimpinan kanan secara bersama untuk mencapai persetujuan dalam setiap satu terma yang terkandung di dalam perjanjian.

"Ada yang kata saya tarik diri dari menandatangani (penyertaan) PPBM dan PH yang sepatutnya dimeterai hari ini. Saya sangat serius dan teliti dalam hal-hal yang penting, lagi-lagi dalam isu tandatangan ini.

"Saya minta majlis menandatangani ini ditangguhkan untuk beri masa yang cukup kepada semua kepimpinan PPBM dan PH untuk berbincang dengan lebih lanjut.

"Pada dasarnya saya bersetuju dengan sebahagian besar perjanjian," katanya ketika berucap di konvensyen itu pada sebelah petang.

Sebelum ini dilaporkan PPBM terpaksa tekan brek kerana pada waktu yang sama turut mahu mewujudkan kerjasama saluran kedua dengan PAS dan PKR yakni dalam bahasa mudah main dua kolam.

Langkah ini dikatakan untuk mengelakkan masalah pertandingan banyak penjuru dalam pilihanraya umum ke 14 nanti.

PAS diketahui umum memang tidak boleh pandang DAP dan juga PAN pimpinan Mat Sabu.

Dr Mahathir yang berucap pada konvensyen itu pada sebelah tengahari awal-awal sudah bersilat menafikan nafi laporan Muhyiddin tolak untuk bergabung dengan Pakatan Harapan.

“Dia bersama saya, bersetuju supaya kita akan menyertai secara langsung dengan Pakatan Harapan.

“Hari ini, PPBM belum lagi menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan, tapi niat kita ialah untuk bersama-sama dengan parti-parti lain dalam Pakatan Harapan.

“Kami harap akan diterima Pakatan Harapan supaya kita dapat bersama-sama jatuhkan pemimpin kleptokrasi. Saya tidak ada masalah menyokong reformasi,” kata Dr Mahathir.

Pada konvensyen itu juga Dr Mahathir buat kali kedua duduk sebaris dengan Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Sebelum ini buat pertama kali mereka duduk bersama di majlis anjuran pembangkang mengenai kebebasan Parlimen di bangunan Parlimen minggu lalu.

Sekalipun dikhalayak ramai keduanya nampak macam sudah boleh duduk semeja kerana ada matlamat bersama namun ada isu yang belum beres lagi.

Bukan rahsia lagi Wan Azizah dan anak-anaknya masih mengharapkan Dr Mahathir mohon maaf dan ikut sama macam Muhyiddin ‘mengsucikan’ Anwar dari jenayah liwat suaminya.

Semua orang boleh menyingkap balik segala kata-kata Dr Mahathir bagaimana beliau begitu yakin bekas timbalannya melakukan perbuatan yang keji itu sebelum menyingkirnya dulu.

Setelah korner baring dalam banyak hal mengenai pembangkang sebelum ini…kalau itu berlaku bekas Perdana Menteri itu sudah melengkapkan segala andaian mengenai ‘perubahan warna’ pada dirinya.

Yang pasti tidak ramai orang yang mudah lupa bab ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana