Khalid Samad kena ‘serang’ depan lobi Parlimen kerana isu kata ‘menteri sial’

Emosi meluap gara-gara isu Ahli Parlimen PAN Shah Alam Khalid Samad lempar kata ‘ menteri sial’ kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Tajuddin Rahman dalam perbahasan di Dewan Rakyat Isnin lalu.

Sekumpulan pemuda lebih 10 orang dari Pasir Salak,yakni kawasan Parlimen diwakili Tajuddin muncul di bangunan Parlimen pagi Khamis dan ‘ menyerang’ Khalid depan kawasan lobi Parlimen ketika beliau hendak masuk ke Dewan Rakyat.

Pergelutan riuh berlaku seketika di situ selepas mereka menyuarakan rasa marah kepada Khalid.Pengawal keselamatan Parlimen bagaimanapun berjaya melindungi Khalid di situ.

Difahamkan kumpulan pemuda itu masuk ke kawasan Parlimen mengunakan pas pelawat sekitar 9 pagi.

Mereka dikatakan menunggu kedatangan Khalid.

Insiden bermula sekitar 11 pagi ketika Khalid hendak keluar dari kereta depan kawasan lobi.

Seorang dari kumpulan itu meluru kearahnya sebelum berlaku pergelutan.

Ada antara mereka kedengaran menjerit : "Kami dari Pasir Salak ni bukan sial!".

Sebelum itu Khalid sudahpun dimaklumkan oleh pengawal Parlimen mengenai kehadiran kumpulan pemuda itu.

Namun beliau berkeras hendak hadir juga ke Dewan Rakyat atas alasan banyak urusan di situ hari ini.

Khalid ucap terima kasih kepada pengawal Parlimen yang berjaya melindunginya.

Pertengkaran antara Khalid dengan Tajuddin berlaku dalam Dewan Rakyat Isnin bila timbul isu himpunan Bersih.

Ini selepas Timbalan Menteri itu menyebut MP DAP Seputeh Teresa Kok sebagai ‘ satu-satunya wanita yang ada ‘ Kok’ (rujuk hujung namanya).

Khalid kemudian dalam pertengkaran itu sebut kearah Tajuddin ‘menteri sial’.

Tajuddin telah menuntut Khalid tarik balik kata-kata itu namun beliau enggan.

Kejadian ‘ serangan’ di depan lobi Parlimen kemudian berbangkit oleh Khalid dalam sidang Dewan Rakyat.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia beliau akan menyiasat kejadian itu sebelum ambil langkah selanjutnya.

Dalam perbahasan,MP BN Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing meminta kawalan keselamatan orang keluar masuk di Parlimen diperketatkan.

Beliau juga mengingatkan ahli Parlimen pembangkang mereka juga dulu selalu membawa orang luar masuk ke dalam Parlimen hingga cetuskan macam-macam suasana.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana