Khalid pertahan gelar 'sial' kepada Tajuddin...Macam Mana Orang Tak Marah Kutuk Orang

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tetap mempertahankan tindakannya yang mengeluarkan kata kesat terhadap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman pada Isnin lalu.

Ujar Khalid, beliau berhak mengeluarkan kata kesat demikian selepas Ahli Parlimen Pasir Salak itu yang memulakannya terlebih dahulu.

"Ramai orang datang kepada saya, caci dan maki saya. Ada salah seorang daripadanya mengaku anak kepada Tajuddin dan bertanya 'mengapa kata sial kepada ayah saya?'

"Ada beberapa tumbukan dan pukulan ditujukan kepada saya namun dihalang oleh pasukan keselamatan Dewan Rakyat yang bertindak sebagai perisai.

"Saya hendak nasihatkan biarlah kami selesaikan di mahkamah. Di dalam Dewan kata-kata Tajuddin mungkin tidak dikenakan tindakan oleh Speaker kerana merasakan ia tak perlu.

"Jika hal ini dibawa ke mahkamah, saya akan katakan bahawa saya berhak untuk mengeluarkan kata-kata sedemikian hasil dari kata-katanya sendiri," kata Khalid di sidang medianya.

Sidang media itu diadakan sejurus selepas pemimpin Amanah itu diserang oleh kira-kira sepuluh individu disyaki penyokong Tajuddin di luar lobi Parlimen sebentar tadi.

Dalam pada itu Khalid menyifatkan serangan kumpulan berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab.

Serangan yang berlaku kira-kira lima minit itu dipercayai akibat rasa tidak puas hati berikutan penggunaan perkataan 'sial' oleh Khalid yang ditujukan kepada Tajuddin Isnin lepas.

Perang mulut antara Khalid dan Tajuddin bermula apabila timbalan menteri itu menggelarkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai satu-satunya wanita yang mempunyai 'Kok'.

'Kok' tersebut merujuk kepada bahagian sulit lelaki dalam Bahasa Inggeris.

Tidak senang dengan kata-kata Tajuddin, Khalid kemudiannya bangkit menyerang dan menggelarnya sebagai 'sial'.

Dalam pada itu Tajuddin pada semalam menghantar surat tuntutan kepada Khalid mendesak permohonan maaf dan penarikan semula kata kesat itu dalam tempoh tujuh hari.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana