Khalid Akan Jawab Isu Perjanjian Air Di DUN

KUALA LUMPUR: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengemukakan permohonan kepada speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk membuat penjelasan berhubung isu penstrukturan semula air Selangor.

Khalid berkata beliau menghantar permohonan kepada Hannah Yeoh pada pagi Rabu bagi menyahut cabaran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

"Saya menghubungi pejabat Speaker Selangor bagi menetapkan masa dan tarikh yang sesuai untuk menjelaskan dan menjawab apa-apa soalan berhubung isu ini secara komprehensif, berbudi bahasa dan matang," kata Khalid dalam satu sidang media di kediamannya di Bukit Damansara.

Berhubung tindakan Azmin memanggilnya "hipokrit", Khalid berkata Menteri Besar itu perlu melihat dirinya sendiri.

"Beliau perlu melihat dirinya dalam cermin. Saya rasa kita perlu bertindak dengan cara yang lebih bertamadun," katanya.

Sebelum ini Khalid diminta hadir ke sidang DUN bagi menjawab sekali gus menyangkal dakwaan bahawa beliau pernah menawarkan sebanyak RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash).

Azmin sebelum ini dilaporkan berkata ini kerana pihaknya telah mengemukakan dokumen dan surat yang membuktikan perkara tersebut telah berlaku semasa kepimpinan bekas menteri besar itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana