Kerjasama PPBM, DAP hipokrasi - PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyifatkan kerjasama di antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan DAP sebagai hipokrasi dan tiada arah tuju. 
 
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, kerjasama antara Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, juga tidak ikhlas kerana sejarah menunjukkan kedua-dua pemimpin itu saling berseteru. 
 
"Mana boleh percaya politik berasaskan hipokrasi. Walaupun dalam politik ada penyesuaian, tetapi apa yang berlaku ini politik 'U-turn'. 
 
"Saya fikir mereka sudah hilang arah tuju. Ini bukan sahaja mengelirukan rakyat, tetapi mereka juga keliru. 
 
Anda fikir Kit Siang suka dengan Dr Mahathir? Adakah Dr Mahathir suka kepada Kit Siang? 
 
"Ini bukan politik yang kita mahu, ini politik hipokrasi tahap tinggi. Mengapa sanggup buat 'U-turn'. Mereka ini 'Raja U-turn," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-63 di Dewan San Choon, Wisma MCA, hari ini. 
 
Turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Timbalannya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan barisan pemimpin tertinggi parti itu serta parti komponen BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana