Kerjasama BN-PAS hadapi PRU-14 bukan mustahil: Zambry...Inilah Yang Kita Mahukan...Aamiin

Barisan Nasional (BN) Perak tidak menolak kemungkinan BN boleh bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi pilihanraya umum (PRU) akan datang kerana proses politik adalah sesuatu yang dinamik.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, bagaimanapun berkata keutamaan sekarang adalah memastikan BN sentiasa berada dalam keadaan jitu dan bersepadu bagi menghadapi PRU-14.

"Namun, politik terus berkembang seperti juga BN sebelum ini terdiri daripada beberapa parti sahaja akhirnya memiliki 14 komponen parti.

"Kalau dulu umpamanya, parti Gerakan dan PPP tidak pernah berada dalam BN (dan sekarang) mereka masuk, maka apabila disoal mengenai (kerjasama dengan) PAS, apakah itu suatu yang mustahil?" katanya selepas Program Kesejahteraan Rakyat sempena Permukiman Peringkat DUN Kuala Sepetang di Dataran Muzium Ngah Ibrahim, Khamis.

Zambry yang juga Menteri Besar berkata, sebelum ini tiada siapa pernah terfikir PAS boleh bekerjasama dengan DAP tetapi ia pernah berlaku melalui jalinan Pakatan Rakyat sebelum ia dibubarkan.

"Begitu juga kita melihat bagaimana ketika mereka (pembangkang) memanggil Tun Mahathir (Mohamad) sebagai Maha Firaun dan dengan segala macam panggilan ketika beliau menjadi Perdana Menteri, tetapi hari ini akhirnya mereka memeluk cium beliau," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, berkata segala kemungkinan boleh berlaku dalam politik dan kadang kala mempunyai kaitan dengan isi keseimbangan politik dengan BN lebih mengutamakan aspek kebaikan bersama untuk negara.

Katanya, BN sudah diwujudkan sekian lama dan mempunyai pasang surut serta sudah mengharungi pelbagai cabaran dan berjaya mengharunginya berikutan sikap dinamiknya dalam berpolitik.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana