Kerajaan tak tanggung kos jelajah Arul Kanda

Kerajaan tidak pernah menanggung sebarang kos program Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda yang mengadakan siri penjelasan dan penerangan melibatkan seluruh peringkat masyarakat di seluruh negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Arul KandaTimbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata semua kos berkenaan adalah tanggungan peribadi Arul atas inisiatifnya sendiri bagi menjelaskan isu berkenaan dengan lebih jelas kepada rakyat yang terkeliru dengan fitnah pembangkang.

“Arul Kanda lakukan siri jelajah adalah menggunakan kos dia sendiri, kementerian tak bagi apa-apa peruntukkan kos, pembiayaan.

“Ia atas peribadi, jadi kos itu tidak timbul, semua atas urusan perniagaan dia sendiri,” kata Jailani ketika sesi penggulungan Bajet 2017 peringkat jawatankuasa kementeriannya di Dewan Rakyat semalam.

Menurut Jailani, pembangkang tidak perlu bimbang dengan siri penjelajahan tersebut kerana ianya tidak melibatkan parti daripada Barisan Nasional (BN) sebaliknya ia bertujuaan menjawab fitnah daripada pembangkang.

“Kenapa pembangkang perlu panik, Arul bagi penerangan 1MDB terhadap fitnah yang dibuat pembangkang.

“Kenapa siri jelajah itu tidak membenarkan Wall Street Journal hadir sama, adalah sebab yang sama dengan kebanyakkan program pembangkang yang tak membenarkan akhbar arus perdana hadir,” katanya.

Sementara itu menjawab mengenai pemberhentian pengacara program Ruang Bicara, Datuk Dahlan Maamor di Bernama News Channel (BNC), Jailani berkata tiada unsur campur tangan pihak luar.

“Tidak timbul suara wanita lain mencampuri urusan BNC, bukan ikut arahan sesiapa.

“Apa sahaja keputusan dibuat hari itu adalah keputusan daripada syarikat tersebut,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana