Kerajaan harus bertindak pantas tangkis serangan pembangkang - Khairy

Kerajaan harus bertindak pantas dalam menjawab sebarang dakwaan dan tuduhan pihak pembangkang bagi memastikan tidak wujud persepsi negatif, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata sebarang dakwaan jangan dibiarkan tidak dijawab dalam tempoh yang lama, dan perlu dijawab oleh pihak berwajib selewat-lewatnya dua hari selepas sesuatu isu ditimbulkan.

"Sebagai contoh dakwaan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Lembaga Tabung Haji kerugian RM3.09 bilion dijawab dengan lengkap dan dalam masa yang pantas oleh Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji Datuk Johan Abdullah. Malah saya difahamkan isu ini juga akan dijawab di Parlimen dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap pada Kursus Pemukiman Penceramah anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Kuala Lumpur, Sabtu.

Ditanya mengenai sebuah portal berita tempatan yang didakwa menerima dana daripada kumpulan asing, Khairy berkata Bank Negara dan polis harus menyegerakan siasatan untuk membuktikan sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya.

Dalam pada itu, Khairy mengumumkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit, Khairul Shahril Mohamed dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Perak yang baharu.

"Saya menerima surat peletakan Hairul Anwar Mohamed Noor, penyandang jawatan itu, beberapa bulan lepas dan perlu mengambil masa untuk menggantikannya. Kesemua anggota Pemuda UMNO bersetuju dengan pelantikan Khairul Sharil," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana