KERAJAAN AZMIN ALI MOHON MAAF KEPADA MB NEGERI 9

Anggota Kerajaan Selangor, Yaakob Sapari hari ini seolah-olah mengesahkan bahawa tuduhan pencemaran air di Sungai Semenyih disebabkan sabotaj UMNO/BN adalah propaganda politik semata-mata untuk memburuk-burukkan parti pembangkang di Selangor.
Tidak mempedulikan propaganda itu, Yaakob berkata pencemaran air di Sungai Semenyih bukan perkara baharu, malah sudah berlaku sejak dari tahun 2008, yakni selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan Negeri Selangor.
“Masalah pencemaran di Sungai Semenyih ini bukan pada tahun ini sahaja, sejak (tahun) 2008, tiap-tiap tahun berlaku.

“Jadi saya nampak tidak ada tindakan yang begitu mantap yang dibuat oleh kerajaan (Selangor untuk) memastikan ia tidak berulang lagi.“Apakah jaminan kerajaan ia tidak akan berulang lagi,” kata Yaakob dalam sidang DUN Selangor hari ini.

Pertanyaan Yaakub itu menyebabkan ADUN PKR Bukit Lanjang, Elizabeth Wong yang juga Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi dan Hal Ehwal Pengguna naik angin.
“Kota Anggerik sepatutnya berada dalam dewan bila saya menggulung semalam.
“Hadir dalam dewan kalau nak dengar jawapan! Kalau tidak jangan hantar soalan, sesi penggulungan hanya 45 minit!,” katanya dengan nada agak keras.

Jawapan berbaur emosi itu dicelah oleh ADUN PKR Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar yang menasihati Elizabeth supaya menjawab soalan yang dikemukakan secara profesional.
“Saya ingatkan exco tak boleh marah, jangan macam itu…orang (Yaakob) tanya jawablah dengan baik, jangan marah-marah.

“Sikap sebagai seorang exco kena jaga juga, kalau nak gaduh kita boleh gaduh, tak ada masalah,” kata Xavier.Yaakob turut mencelah dengan menyifatkan Elizabeth sudah ‘stress’ dengan isu ketiadaan air di Selangor disebabkan kegagalan kerajaan negeri menangani masalah pencemaran tersebut.

Elizabeth menafikan dirinya sudah ‘stress’, tetapi dalam masa sama, dia gagal untuk memberi jaminan konkrit berkenaan persoalan pencemaran air di Sungai Semenyih tidak akan berlaku lagi.

Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih terpaksa ditutup 8 kali, iaitu pada 22 hingga 24 September lalu dan 3, 23 serta 28 Oktober lalu ekoran pencemaran berkenaan.
Selain Semenyih, Sungai Langat juga tercemar sebanyak 7 kali dari Januari hingga Februari lalu sehingga menyebabkan LRA Langat terpaksa ditutup dan lebih sejuta pengguna di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang terjejas.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana